gaban.

tajuk merepek, biasalah.

saban hari, aku kuat berfikir secara merepek. bagus. itu lah aku yang dahulu. tetapi, aku tidak boleh lagi berperangai keanak-anakkan. itu perangai yang tidak bagus. tidak bagus. tidak. tetapi, aku sudah dapat apa yang aku telah hilang, itu sudah cukup bagus. tetapi, suatu tempat itu yang membuatkan aku tidak boleh berfikir begitu. cis.

setiap hari, kita duduk, minum, menonton televisyen, dan perkara-perkara lain. apabila diperintah oleh Yang Dipertua Ayahanda ataupun Yang Berbahagia Ibunda untuk melakukan sesuatu, sudah pasti, mulut kita akan terpacul satu perkataan yakni 'ok'. ya. anda mungkin tidak perasan, kerana ianya sudah menjadi habit atau tabiat kita.

hampir semua golongan, bangsa, negara, tahu dan faham maksud perkataan itu.

Ok sebenarnya bermaksud 'all right', 'indeed', baik, dan pelbagai lagi variasi pilihan perkataan untuk menyatakan ianya positif.

___________________________________________________________________

blog ku bosan. ada sebarang idea untuk diberikan untuk menyerikan lagi blog ku?

peliaq

peliaq, carutan orang kedah. bermaksud, pelir, kote, anu, zakar, alat sulit(lelaki) kemaluan.

tetapi, mengapakah alat kemaluan lelaki tersebut menjadi buah mulut orang ramai?


itu sudah menjadi persoalan yang kian mencengkam jiwa kerana masalah ini tidak diberi perhatian dan sudah menjadi tabiat di dalam kalangan masyarakat tidak kira umur, bangsa, agama, mahupun warganegara.

kita tidak boleh menafikan, bahawa kita sendiri tidak mencarut perkataan-perkataan yang agak kasar, gasar, Israel dan jijik itu.

jadi, tiadakah alternatif lain untuk menyelesaikan masalah yang kian menjadi epidemik dan berlarutan ini?

ini adalah langkah-langkah penyelesaian yang boleh di praktikkan supaya kita terhindar daripada mendapat dosa tanpa disedari:

1. banyakkan istighfar.
kadangkala, ramai orang akan mencarut dan mengeluarkan kata-kata kesat apabila tahap kesabaran dan keimanan di dalam diri sudah berada di tahap maksima. contohnya, apabila seseorang itu kehilangan barang, sudah termaktub di dalam dirinya bahawa kata-kata kesat tersebut akan terlancar seperti roket dari dalam peti suara seseorang itu. jadi, apabila perkara-perkara yang tidak diingini berlaku, banyakkan bersabar, selawat, dan istighfar.

2. hilangkan kemarahan
seperti kita tahu, carutan-carutan menggunakan alat-alat kemaluan tidak kira lelaki mahupun perempuan dan haiwan yang berpangkat haram ini sering dilontarkan dari mulut seseorang yang sudah hilang kesabaran didalam dirinya yang kekurangan iman. jadi, hilangkan kemarahan tersebut. hilangkan. selain melakukan aktiviti-aktiviti di atas, pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilakukan seperti bermain squash ala-ala Datuk Nicole Ann David, bermain polis sentri (police and thief) dengan anjing kurap kepunyaan jiran sebelah, bermain tampar-menampar ala-ala manja dengan anak Tok Ketua yang menjadi anak dara rebutan teruna-teruna kampung tidak kira muda atau tua nak mampos, mengorat Makcik Nab yang sering menjual karipap panas di bahu jalan di Kampung Arnab, dan melakukan seks bebas bersama bantal peluk kesayangan anda tanpa merisaukan jika anda merembeskan air mani tanpa memakai alat perlindungan mencegah kehamilan.

3. memberitahu kawan.
kawan itu sinonim dengan sahabat. tugas sahabat adalah mengingatkan, menghiburkan, mendengar, menemani, dan lain-lain lagi. tugas seorang sahabat sudah seperti sama taraf dengan tugas ibu bapa. oleh itu, untuk menghindarkan kita daripada terus melontarkan kata-kata carutan yang membuatkan orang memandang anda sungguh hina dan jijik, anda boleh memberitahu kepada rakan-rakan anda dan menyatakan bahawa anda berniat untuk berhenti mencarut dan mengeluarkan kata-kata kesat. oleh itu, pesan kepada kawan-kawan anda, sekiranya anda tetap berdegil dan 'batu dalam kapla adda duduk juga' untuk mencarut juga, anda boleh menyuruh rakan-rakan anda untuk 'membelai' anda secara radikal, zionis, Israel, ganas, kejam, zalim, dan tanpa belas kasihan. langkah ini dipraktikan untuk mengingatkan bahawa, sekiranya anda mencarut, anda akan 'dibelai' dengan penuh manja dan bagaikan menatangkan minyak yang penuh.

sekian, otak ini telah letih untuk pemerahan idea-idea yang bernas untuk mencegah daripada umat-umat Islam tidak kira tua atau muda daripada terus mencarut dan mengumpul dosa-dosa yang menimbun seperti gunung Daik bercabang tiga.