idea seorang kanak-kanak bangang.

hai kanak-kanak sekalian alam mahupun dunia dan kubur. aku kembali ingin mencoret arang di muka dan blog ini dengan idea ak yang bangang lg bernas kalo dipertimbangkan balik. korang nak tahu, kadang2, idea kanak2 ni, kalau dipertimbangkan balik akan kerasionalan nye, bagus. tp, nak melaksanakannya tu, macam agak terlampau-lampau la plak. contoh eh;

global warming nih menyebabkan paras air laut kian meningkat. ape kata, suruh je kuasa2 besar ni bom jer dasar laut tu dengan bom atom supaya membentuk laut yang lebih dalam. bila dalam, takyah risau lagi pasal paras air laut. paras air laut akan menurun dan akan hidup bahagia di samping keluarga tercinta.

ni yg aku dapat dari seorang kanak2 yg aku kenal dan beliau ingin dirahsiakan namanya sebab beliau takut nanti yahudi cari beliau untuk meliwat dan membuat klon beliau. so, korang tak terpikir ke camni? kita tak payah pikir pasal kesan jangka masa pendek atau panjang, tapi, keberkesanan idea tersebut. can u catch my drift? adios.

hubungan.

hubungan. hubungan adalah pertalian di antara sesuatu dan sesuatu yang lain. jika manusia, hubungan ini terbahagi kepada tiga. tiga hubungan iaitu hubungan dengan manusia, hubungan dengan alam sekitar, dan hubungan dengan tuhan.

hubungan dengan manusia. sudah semestinya ianya berkaitan dengan manusia di sekeliling anda. anda perlulah menjaga hubungan di antara anda dengan manusia di sekeliling untuk memastikan anda menjalani hidup anda dengan sempurna. sebagai contoh, anda perlu berbuat baik kepada masyarakat sekeliling anda tidak kira agama, bangsa, dan agama. sekarang ni, banyak sangat kes-kes cerai, gadoh, dll tu punca daripada tidak menjaga hubungan dengan manusia. kalau nak jaga hubungan antara manusia ni senang je, umpama menghisap keluar cekam di kaki Pak Cik Mokhtar si tukang jahit. anda berbuat baik je dengan orang2 sekeliling, jadi mesra, hipokrit skit. sekiranya anda tidak dapat menjaga perkara yang remeh itu, mati lagi elok.

hubungan dengan alam sekitar. hubungan anda ngan alam sekitar ni paling senang. ingat, setiap hidupan atas muka bumi ini senantiasa bertasbih ke atas kamu, agar kamu sihat sejahtera. kalau tak jaga hubungan dengan alam sekitar dengan aktiviti pembalakan yang semakin agresif, pembuangan sampah ke dlm sungai, dll yang dikira tidak menjaga hubungan dengan alam sekitar, sudah pasti kita akan mendapat balasannya yakni bencana alam, runtuhan tanah, banjir kilat dll. pikir-pikir sendiri. Allah S.W.T bagi akal suh pikir, pikir la.

hubungan dengan Tuhan. yang ni kena jaga. mesti jaga. bayangkan, kita ni, umpama buih yang kecil kat lautan di sisi Allah S.W.T. kalau anda tak jaga hubungan dengan tuhan, memang sengsara hidup anda. sengsara. anda sentiasa diselubungi perkara yang menggundah gulanakan hidup anda. serius. kalau nak jaga hubungan dengan tuhan yakni Allah S.W.T, senang je. buat je 5 perkara rukun Islam. yang paling senang nombor 2. solat lima waktu sehari semalam. spend time tidak sampai 10 minit setiap 5 waktu. tapi, aku sendiri dah brape hari dah tinggal solat sejak balik dari maktab. ish3. sedih. so, equals to je la aku dengan apa yang tulis nih, untuk pengajaran aku juga.

so, fikirkan lah. kalau anda tak dapat nak jaga 3-3 ni, gi mati lagi elok. seriusly.

aku satu je tak dapat. hubungan dengan manusia. hak3.

suka? komen. tak suka? gi mati.

pandangan seorang budak baru habis SPM.

ya. diiringi lagu-lagu picisan, nescafe 3-in-1, aku mula menaip entry aku. gile lame tak taip entry baru. otak berkarat da nak menaip.

k. aku penah terfikir, kenapa orang boleh mengklasifikasikan seseorang itu tergolong dalam kategori baik dan jahat? sudah semestinya menggunakan akal fikiran, salah satu pancaindera yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita, kan kan?

tp, ape pandangan korang kalo orang yg jadi jahat dan baik ni disebabkan faktor persekitaran? memang, aku tau korang mesti cakap persekitaran ni terlalu umum kan? tp, cuba, cuba mendalami ape yang persekitaran boleh meng-affect seseorang tu boleh jadi baik dan jahat.

bagi aku, manusia ni terlalu mengikut pandangan orang. bila seseorang tu menjadi baik, dia akan dicaci, poyo, bajet bagus. oleh itu, dia akan cuba menjadi yang terbaik di pandangan orang, yakni jadi jahat, xpoyo. namun, yang menjadi persoalan sekarang nih, apekah elemen untuk menjadi terbaik di pandangan orang?

ya, ak tau korang mesti tak faham kan? takpe la, biar je la terbuku kat ati aku nih.

seriously, xde idea. sorry

KEsilapAN

semua orang buat silap, kan? tp, ternyata, beliau seorang yang bodo kalo buat silap banyak kali dan jelas lagi terang lagi bersuluh kalo die sedar yg ape yg die buat tu ternyata silap. merepek? memang la, ak suka merepek. ape aku kesah.

kesilapan yang aku ingin utarakan pada entry kali ini adelah kesilapan ketika berkomunikasi ataupon bersama. ya, aku ingin mencedok sikit dari entry blogger idola ak, 'akukopi'. renong2kan:

1. Bawak kawan time dating.
ini adalah satu kesilapan yang memang besar. nnti mesti ada masa2 anda tidak dilayan ataupun diendahkan. ianya bole mendatangkan pergadohan jika kwn anda tu lg ensem, macho, dan gagah perkasa seperti pak cik Mokhtar penjual jamu.

2. Bawak awek gi maen game.
haha. ni paling best yang ak penah tengok masa aku outing. seriously, anda akan digelar tidak gentlemen dan keanak-anakkan oleh awek dan rakan-rakan anda. tp ianya bagus jika awek anda seorang kaki game. =D

3. Berjalan dlm group lebih dari 4 orang.
ni point akukopi. memang ternyata, dari dulu lagi ak perasan, tp tak tau nak elaborate kat korang. hehe =D

4. Takde point ketika bercakap.
yang ni lagi best. selalu sangat terjadi. kawan anda itu terlalu excited menceritakan ceritanya yang anda tidak tentu paham ataupun tak sebab frekuensinya terlalu laju dan membingitkan telinga anda. anda hanya terkaku diam dan bole disifatkan menjadi seorang listener. bagus2.

5. menyentuh isu-isu sensitif kepada rakan.
ya. ini selalu terjadi kat aku sendiri. ade seorang rakan aku ni selalu menimbulkan kemarahan aku dengan bertanyakan soklan yang membuatkan dirinya kelihatan dungu dan bangsat. aku benci kau. tp, nak spm, ak sayang kau. ahakz.


tu ja yang aku dapat utarakan kali nih.

P/S: ade orang ckp blog ak bosan. gi mampos. stakat komen tp tak bagi idea yang bernas lagi memberangsangkan baek takyah.

BANGKIT! vol. 3

harap maaf kepada semua yang mengikut blog aku(kalau ada) kerna tidak mengupdate blog ak yang membosankan nih sebab agak bz dengan persiapan menghadapi SPM dan tidak mempunyai masa. maaf. maaf.

dalam BANGKIT! kali ni, aku takde isu nak dibangkitkan. mungkin, ini adalah edisi terakhir BANGKIT! yang membosankan. kan kan?

tapi, aku ada satu quote untuk difikir-fikirkan.

"Hidup ini perlu menjadi licik, agar tidak ditindas kerana hidup ini penuh dengan janji manis dan kepalsuan."

adakah ini bermaksud kita perlu menjadi jahat dan perlu mengambil risiko untuk meneruskan hidup?

tidak, tidak. kita masih ada Tuhan. setiap agama ada Tuhan. sebab itulah kita perlulah meminta pertolongan dan petunjuk daripadaNya agar dihindari daripada segala anasir jahat dan fitnah.

lagi satu, kawan. ini yang paling penting. ...

pendek? gi mampos. blog ak.



bosan. blog tak update lg. mlm ni la ye.

papaku.

ini adalah cerpen aku yang dibuat secara terpaksa oleh cikgu kesayangan ku, encik ery. haha. tak best pon.

___________________________________________________________________


Aku tergamam. Di kelopak pintu bilik mamaku, ku berdiri, menahan sebak setelah menerima berita yang tidak dapat ku terima hakikatnya. “Papa will be fine. Lepas operation tu papa ok lah.” Itu janji – janji bapaku. Aku hanya mampu terdiam, menahan sebak di dada. Mama hanya mampu melihatku. Ini ceritaku.

+ + + + + + + + + + +

9.45 A.M / Isnin / Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

“Mama, amal risaukan papa.” Ku merengek kepada mamaku. “Alah, jangan risau, papa kau tu kuat orangnya. Papa boleh tahan.” Balas mama ku. Ku terdiam. “Kreeek” bunyi kelopak pintu bahagian pakar pembedahan dibuka. Papaku keluar. “Papa kena masuk wad.” Oh tidak, ini satu permulaan yang tidak bagus. Tidak bagus. “Papa kena masuk wad sebab nak buang bahagian usus yang kena block tu. Kalau tak buang, mati la papa.” Perkataan mati itu seolah-olah menampar mukaku yang kacak ini. Ku hanya mampu tunduk menahan sebak. Setelah papa dimasukkan ke dalam wad, mama bersetuju untuk menjaga papa di hospital. Jadi, terpaksa aku pulang ke rumah bersama abangku. Ku menjadi bercelaru, keliru. Abang ku hanya mampu melihat gelagat ku. “Amal, papa will be fine. Rileks lah. Kita semua tau papa kuat kan?” dia mematikan lamunanku. “ Tak tau lah bro. I have a bad feeling about this.” “Rileks. Kau tu nak SPM tahun ni. Jangan nak celarukan kepala ko yang tak pandai tu. Haha.” Dia ketawa sinis. Aku hanya mampu mengangkat jari tengah ku yang panjang kepadanya.

+ + + + + + + + + + +

8.00 A.M / Selasa / Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Abangku sengaja datang awal ke hospital untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Tidak mengapa. Tetapi salah aku juga, tidur lewat pada malam semalam. Ahhh. Demi papaku. “Ting” pintu lif terbuka. “Tekan lah nombor lima tu.” Cebik abang ku. “Rilek ar” balas aku. Kami tiba di bilik papa. Aik, ramainya orang. Oh, saudara mara kami. Pak Long, Pak Andak, Pak Su, kesemuanya ada datang melihat papaku. Kami hanya berbual – bual kosong. Setelah hampir 3 jam mereka bertandang, Pak Long dan Pak Andak datang berjumpa Mama untuk berbincang. ‘Kak Idah, I can support him for the operation cost. It only cost RM10k.” “Azhar, we might want to try other method. Mungkin ada cara lain boleh surutkan bengkak kat usus tu.” Pak long ku tergamam dengan jawapan mamaku. “Cara lain? How Kak Idah?” Pak Andak mencelah. “Cara tradisional ada, homeopathy ada. Kawan – kawan akak ramai yang try, ok je. Sihat dah pun.” “Oklah, do whatever method that you think might solve this problem. But, if you still need the money, I always there to help.” jelas Pak Long “Saya pun sama Kak Idah.” celah Pak Andak lagi. Aku mencuri dengar perbualan mereka yang seakan akan sulit itu. Aku pergi mengambil angin di luar. Abang ku sedang gembira melayan asap dari sebatang rokok. “Bang, nak tanya ni. Macam mana kalau…” “Kau biasa tak rasa penendang Godzilla?” abangku menggelarkan dirinya seekor Godzilla. Kelakar. Mengaku pula ya? “Pernah gak, masa kecik – kecik dulu.” balas ku. Kami ketawa riang. Ku masuk semula untuk berjumpa dengan papa sebelum ku pulang kerana hari sudah lewat. Lagipun, esok aku sudah pulang menuju ke utara tanah air untuk meneruskan hari-hari pengajian ku di maktab ku yang penuh kontroversi itu. Ku lihat, semua saudara-mara ku sudah mula beransur pulang, hanya tinggal Pak Long ku sahaja bersama anaknya yang mirip Diana Danielle. “Ma, abang nak balik dah. Dia cakap ada urusan apa entah.” “Oh, takpe. Baliklah, jaga rumah, bagi kucing makan.” Pesan mama. Ku pusing badanku 180 darjah. Terlihat papa ku di atas katil. Ku menghampiri papaku. “Pa, amal nak balik ke Kedah esok. Papa jaga diri tau. Nanti masa operation tu amal ada teman papa nanti tau.” Aku merengek kepada papaku. “Iya. Papa will be fine after the operation. Kalau awak tak balik pun takpe. Awak tu nak SPM. Study rajin-rajin.” Oh, sebak memanah dada ku. Air mata ku hampir bergelinangan. “Ish, orang lelaki tak elok menangis.” Papa ku memarahi aku. “Tak, ni habuk masuk dalam mata.” Ku mencari alasan.

+ + + + + + + + + + +

10.20 A.M / Rabu / Kelas 5B, MRSM Pendang.

“Kau nak ke mana, Man?” tanya Pidut kepada ku. “Nak jumpa Cikgu Pin sat. nak hantar surat nak balik.” “Bukan kita baru balik ke tiga minggu lepas? Takkan homesick kot? Haha.” Insan seperti Pidut ini sememangnya insan yang tidak berhati perut. “Takdelah, ayah aku operation Sabtu ni. Aku ingat nak mintak balik esok.” Dia tergamam. “Aku temankan kau.” “No hal.” Jadi, kami menyerbu masuk ke dalam pejabat Cikgu Pin. Cikgu Pin kadangkala sering membuat kami tertawa dengan lawak ‘blur’nya. Tetapi kali ini muka beliau sememangnya menggerunkan. “ Assalamualaikum cikgu.” “Haa, Waalaikumsalam. Nak ape nih pagi-pagi buta datang jumpa saya nih?” beliau herdik. “Saya datang ni nak bagi surat kat cikgu.” “Bak sini surat tu. Surat ape ni? Surat cinta ya?” beliau buat lawak yang tidak lawak. Setelah direnung surat itu, beliau mula membuka mulut, “Surat ni, awak yang tulis?” “Ya, cikgu.” Surat itu dibalingnya ke atas karpet. “Kalau awak nak balik, surat itu mestilah ditulis oleh ibubapa awak. Awak tak boleh sewenang-wenangnya tulis surat permohonan tu.” Herdik beliau. “Baik cikgu.” Balas ku baik. “Saya harap ayah awak akan sembuh nanti. Kita semua doakan begitu.” Oh, baiklah cikgu. Aku keluar dari pejabat itu. “Bagaimana?” soalan Pidut itu menambahkan lagi runsingku. “Tak boleh lah. Surat tu kena mak ayah tulis. Ahhh serabutlah.” balas ku lagi. “Takpe lah, suruh mak kau yang tulis. Apa susah?” “Yelah Encik Pidut si Presiden BWP.” balas ku. Akhirnya kami singgah ke koperasi untuk membeli makanan di situ.

+ + + + + + + + + + +

9.00 A.M / Khamis / Kelas 5B, MRSM Pendang.

“Assalamualaikum. Perhatian kepada semua pelajar MRSM Pendang. Perhatian kepada pelajar yang bernama Akmal Asyraf bin Azman di kelas 5B, sila datang ke bilik Ketua Warden sekarang. Saya ulang, pelajar yang bernama Akmal Asyraf bin Azman sila datang ke bilik Ketua Warden sekarang.” Ku tergamam. Mengapakah di pagi dinihari ini nama ku dipanggil ke bilik Ketua Warden? Bilik Ketua Warden itu dianggap bagaikan sebuah bilik hukuman yang menggerunkan. Tidak mengapa, aku tetap kena pergi. Selepas meminta izin dengan guru yang mengajar di hadapan, aku melangkah ke bilik ketua warden dengan penuh maskulin. Rakan – rakan lain memberikan semangat kepada ku. Inilah dinamakan kawan. “Tok, Tok”, ku mengetuk kelopak pintu bilik Ketua Warden itu. “Masuk!” herdik Ketua Warden kami, Cikgu Ashar yang mengajar matapelajaran Kimia. “Assalamualaikum cikgu. Ada apa cikgu?” “Saya dengar dari Cikgu Pin kamu buat permohonan nak balik ya?” kata cikguku. Mana saja dia dapat berita ini.”Ya cikgu. Sebab ayah saya operate sabtu ni.” “Kamu mana boleh buat permohonan nak balik macam tu. Ibubapa kamu yang kena tulis.” “Ah, kalau cikgu setakat nak panggil aku ke bilik cikgu ni nak marah-marah aku sebab aku buat kesilapan bodoh, baik tak payah.” aku bermonolog. “Takpelah, saya bagi kamu balik. Kamu nak balik ke sini pun bila-bila boleh. Tapi jangan lewat sangat. Cikgu Pin kesan nanti. Kamu balik hari isnin ni nanti ya?” kata Cikgu Ashar. Adakah aku bermimpi? Alhamdullilah. Baik juga Cikgu Ashar ini. Aku pulang ke kelas dengan muka yang gembira. Cikgu Hamidah, cikgu Matematik Tambahan dan rakan-rakan yang lain pelik melihat tingkahlaku ku yang buang tebiat. “Awat ni Man? Takkan kena rotan pun syok? Haha.” Cikgu Hamidah memerliku. “Takdelah cikgu. Cikgu Ashar bagi pulang bermalam.” “Eh, kenapa?” dia menjawab kehairanan. “ Ayah saya operate Sabtu ni. Sebab tu saya kena balik.” “Oh, begitu. Takpelah man, saya doakan ayah awak cepat sembuh. Dah, pegi duduk tempat awak.” kata beliau. Aku terus melabuhkan punggungku ke kerusi ku dan meneruskan sesi pembelajaran. “Tettttttt” bunyi siren maktabku yang menunjukkan jam sudah pukul dua petang. Sesi pembelajaran sudah habis. “Man, semoga ayah kau sembuh cepat tau. Aku doakan.” suara Aisyah Mahadzir menerpa dari belakang ku ataupun lebih disenangi dengan panggilan Cahdet. “Ya, terima kasih Cahdet. Kau memang baik lah.” “Rilek lah.” Balasnya selamba. Aku pulang ke bilik ku untuk berkemas untuk pulang ke selatan, yakni Perak Darul Ridzuan. Rakan-rakan ku yang lain datang untuk beri semangat kepada ku sambil mengganggu aku untuk mengemas beg. Rimas. Tidak mengapa, nasib baik mereka kawan-kawan aku. Setelah siap aku berkemas, aku terus meninggalkan maktab pada pukul tiga yang diiringi beberapa rakan baik ku, Pidut, Arip, dan Chip. Aku menumpang kereta Cikgu Hamidah yang berjanji untuk menghantar ku terus ke Alor Setar. “Man, awat termenung je?” “Terkenang, cikgu. Jasa-jasa yang ayah saya buat untuk saya. Saya tak tahu la sempat atau tak saya balas semua jasa dia tu.” “Man, ingat ni, kita tak boleh nak balas jasa ibu bapa kita. Tapi, ada satu cara je yang boleh kita buat.” balas Cikgu Hamidah. “Bagaimana?” “Doa lah Man. Man doakan ibu bapa Man sihat, murah rezeki, panjang umur dan lain-lain pun dah cukup untuk balas jasa ibu bapa kita.” “Baik cikgu. Saya ikut nasihat cikgu.” “Haa, macam tu la anak murid cikgu. Jangan sedih-sedih tau?” Beliau cuba membuat ku tersenyum. Kereta Honda Jazz yang kami naiki terus meluncur laju menuju ke Alor Setar. Beliau menurunkan aku di Shahab Perdana. “Man, jaga diri elok-elok. Jangan nakal. Ingat, kirim salam kat mak dan ayah tau?” pesan Cikgu Hamidah seperti seorang ibu yang prihatin. “Baik cikgu. Saya ikut nasihat cikgu.” Ku balas dan ku tutup kelopak pintu keretanya dan cikgu terus meluncur pergi meninggalkan ku.

+ + + + + + + + + + +

8.00 A.M / Jumaat / Rumah

“Amal, bangun! Kita pergi ke hospital! Cepat lah!” abang ku dengan kasarnya menggerakkan ku. Tidakkah dia faham aku penat? Tidak mengapa. Demi untuk melihat papaku, ku bangun dan ku capai tualaku untuk mandi. Setelah selesai mandi, ku bersiap dan terus pergi ke hospital bersama abang ku. “Kenapa lambat sangat?” “Amal penat tau tak?” “Ala, orang lain pun penat. Abang pun penat, jaga kedai.” Balas abang ku. “Jaga kedai lain, balik kampung lain. Don’t make it an issue lah” balas ku dengan rimas. Abang ku diam. Kami terus meluncur laju menuju ke hospital. Rupa-rupanya, pembedahan itu dijalankan pada hari ini, tidak seperti yang dijadualkan yakni esok. Tidak mengapa. Ianya semua untuk papa juga. Kami tiba di hospital. Kelihatan mama gusar di luar pintu dewan pembedahan. “Papa dah lama masuk. Operation mungkin makan masa 6 jam.” “6 jam ma?” balas ku terkejut. “Ya, 6 jam, papa baru masuk setengah jam lepas.” Balas mama ku. Oh, tidak. Lepas 3 jam, papa keluar. Kami kehairanan. Belum sempat kami bertanyakan soalan, papa terus beritahu. “Doktor masukkan paip kat bahagian bengkak tu. Dia kata papa ada harapan nak sembuh lagi.”
Alhamdullillah. Kami semua gembira. Di dalam bilik, papa dapat kembali makan seperti sedia kala. Sebelum ini tidak boleh. Aku sudah cukup gembira. Kami semua menjaga papa sampai keesokan hari. Namun, aku dengan papa harus berpisah pada petang itu kerana keesokan harinya aku terpaksa pulang ke Utara. Papa ku faham. Namun, aku berat hati untuk meninggalkannya.

+ + + + + + + + + + +

3.00 P.M / Khamis / Pejabat Cikgu Pin

“Kamu semua ni, 22 orang ni, dah melakukan kesalahan yang besar, tau tak? Hm? Kalau pihak HQ tahu perkara ni, kamu semua boleh kena buang tau tak?” herdik Cikgu Pin. Kami tunduk dengan muka bersalah. Cikgu Pin keluar dan digantikan pula dengan Cikgu Ashar untuk memberikan kata putus tentang hukuman kami. “Baiklah, kamu semua tahu tentang kesalahan masing-masing yang kamu dah buat. Jadi, kamu semua akan digantung selama 5 hari termasuk hari Sabtu dan Ahad bermula pada hari ini. Ni hukuman serta merta, belum lagi hukuman yang disabitkan.” Jelas Cikgu Ashar. Kami hanya mengangguk akur. Setelah bersurai, Cikgu Ashar memanggil aku. “Kamu nak balik macam mana? Mak boleh jemput?” “Tak boleh la cikgu. Mak saya tak boleh drive jauh-jauh.” “Takpelah, kejap lagi saya hantar awak senyap-senyap ke Alor Star. Awak siapkan lah beg awak semua ya?” “Baik cikgu, terima kasih cikgu.” Balas ku dengan perasaan lega. Ku pulang ke bilik dengan perasaan serba salah. Arghh, bagaimana nak ku jawab dengan mama? Pasti mama naik berang. Papa pula bagaimana? Dengan keadaannya begitu. Kuatkan semangat Amal. Setelah ku bersiap, ku terus pergi ke rumah Cikgu Ashar dengan beberapa rakan lain yang ingin menumpangnya. Kami terus menuju ke Alor Setar. Namun, dia tidak bercakap sepatah kata pun. Mungkin tekanan agaknya. Setibanya di Shahab Perdana, barulah dia membuka mulut, “ kamu semua balik elok-elok, jaga diri. Tau?” “Baik cikgu, kami ikut cakap cikgu.” Dia terus meluncur pergi. Kami pun terus mencari tiket dan mujur dapat. Tepat pukul 8 malam, ku tiba di Ipoh. Abang ku sudah terpacak menungguku. Mujur aku hubunginya dahulu. Kalau tidak. “Awak tibai teruk ke budak tu?” “Takde la, pukul sikit je pun.” “Oh, ingatkan teruk.” Setibanya kami di rumah, aku terus salam tangan mama. “Papa mana?” “Kat dalam.” Ku terus masuk ke dalam bilik dan ku lihat papa seperti tiada harapan. Kurus, tidak seperti biasa. Hati ku sebak. Ku salam tangannya. Sejuk. Sebak. Mama ku suruh ku tidur kerana mungkin aku penat. Ke terus melabuhkan badanku ke atas katil. Namun, mata ku tidak dapat ku tutupkan, memikirkan tentang papa.aku sudah merasakan, bahawa tidak lama lagi perginya ketua keluarga ini. Aku menangis. Tidak dapat ku menahannya. Papa sememangnya berlainan. Arghh. .

+ + + + + + + + + + +

6.15 A.M / Jumaat / Rumah

Setelah selesai aku solat Subuh, mama meminta aku memapah papa untuk ke bilik air untuk memandikan papa. Papa sememangnya lemah. Jadi, aku dan mama memapah papa pergi ke bilik air. Namun, di bilik air, tiba-tiba papa pengsan. Aku kehairanan. Mama menyuruhku pergi mengambil air sejuk. Ini petanda tidak bagus. Ku berikan air sejuk itu kepada mama dan mama menyimbah air tersebut kepada papa. Papa tersedar. Syukur. Setelah selesai memandikan papa, kami memapahnya semula ke bilik tidur untuk memakaikan bajunya. Malangnya, dia pengsan sekali lagi. Cara itu sekali lagi dibuat. Papa tersedar. Papa bertanya kepada ku, “Apa dah jadi? Papa seolah-olah berada di dalam lamunan sebentar tadi. “Papa pengsan tadi pa.” Papa hanya mengangguk kehairanan. Semasa mama membantu papa memakaikan baju, mama merasakan badan papa panas. Panas, tidak seperti biasa. Mama cakap kepadaku, sudah beberapa hari papa demam, sebab itu terpaksa memapahnya untuk ke bilik air. Jadi, disebabkan terlalu risaukan papa, mama mengambil tindakan untuk menelefon pihak hospital untuk menghantarkan ambulans untuk menjemput papaku. Abang ku tiada di rumah kerana sibuk dengan kedainya. Ambulans tiba dan menjemput papa 15 minit kemudian. Mama menyuruhku untuk tinggal di rumah menunggu abangku tiba. Setelah hampir 5 minit, abangku tiba. Dia bergegas pergi ke hospital bersama ku kerana risaukan papa kesayangan kami. Abang ku tidak bercakap sepatah apa pun. Aku diam. Keadaan waktu itu sempit, bercelaru. Setibanya di hospital, kelihatan mama berada di luar bilik kecemasan. “Apa jadi ma?” “Papa kena fit sebab demam panas tu. Sekarang ni tunggu dia stabil, doktor cakap.” Arghh. Tekanan. Tiba-tiba, kelopak pintu bilik kecemasan itu dibuka. Kelihatan seorang doctor, bersama dua orang jururawat keluar bersama papa yang di atas katil. “Encik Azman terpaksa masuk ke wad. Demam panasnya pada tahap kritikal.” Jadi, kami mengiringi papa terus ke wad. Di dalam wad, papa kelihatan tidak keruan, tidak seperti papa yang biasa.Papa menjadi bercelaru, dan ada ketika papa bercakap seorang diri. Namun, tidak mengapa. Papa ku juga, bukannya papa orang lain. Namun, malam itu memang terasa kelainannya. Aku sudah merasakan. Abang ku juga sudah merasakan. “Amal, papa nak air.” Terketar-ketar papa ku meminta air. Aku menyuapkan air kepadanya menggunakan straw. Ibu ku tidur di atas katil bersebelahan kerana sudah 2 hari tidak dapat tidur kerana menjaga papa. Tidak mengapa. Tiba-tiba, “Arip, tolong halaukan burung hitam tu.” pinta papa kepada abangku. Abangku kehairanan. “Arip dah halau dah pa.” Abangku kelihatan sedih, kerana perasaan dia kuat menyatakan mungkin tidak lama lagi. Tiba-tiba, mama bangun dari diulit mimpi. “Amal, Arip, kalau nak balik, balik lah. Biar mama jaga papa. Kat rumah tu siapa nak beri makan kucing, jaga rumah.” Kami akur dengan permintaan mama dan kami pulang. Aku dengan abang ku tidak bercakap apa pun. Aku hanya terkenang jasa dan pengorbanan seorang ayah. Pilu. Memang pilu. .

+ + + + + + + + + + +

5.45 A.M / Sabtu / Rumah

“Hoi! Bangun la cepat! Bangun!” abang ku menggerakkan ku sambil dia menggoncangkan badan ku. Aku dengan pening lalatnya bangun dan mencapai tuala ku dan terus mandi. “Kenapa abang nih? Biarkan lah.” Setelah ku bersiap, ku terus menaiki kereta dan meluncur laju menuju ke hospital bersama abang ku. Mata abang ku bergelinangan air mata. Aku sudah tidak keruan. Adakah hari ini… Oh tidak, tak mungkin. Abang ku melanggar kesemua lampu trafik berwarna merah. Memang berani. Kami sampai di hospital dalam masa 10 minit sahaja. Kami bergegas ke bilik papa. Kelihatan mama sedang teresak-esak menangis, mengurut-urut dada papa yang kesesakan nafas. Arghh. Tidak mungkin hari ini. Tidak mungkin. Aku menghampiri papa. Papa memegang tangan ku dan berbisik, “SPM ni, buat elok-elok.” Aku tidak dapat menahan sebak. Papa berhempas pulas, melawan takdir untuk hidup. Mama tidak berhenti-henti mengajar papa ku untuk mengucap dua kalimah syahadah. Tidak, bukan hari ini. bukan hari ini! Setelah hampir 20 minit saat-saat yang genting, akhirnya, papa pergi. Papa meninggalkan aku, abangku, kakakku, mamaku, hartanya, rumahnya, dengan dua kalimah syahadah sempurna. Aku merasakan seperti aku rebah jatuh ke bumi. Tidak berdaya melawan takdir. Memang, sememangnya aku manusia yang kerdil.

BANGKIT! vol. 2

assalamualaikum. pada malam yang mulia ini, dengan badanku yang tak mandi dan tidak bergosok gigi, bertemankan cerita Tiga Abdul yang mencuit hati, aku masih didalam satu kurungan. kurungan itu diberi nama MALAS. memang, semua orang ada kurungan tersebut. tetapi, ada yang mampu memanjat pagar kurungan tersebut seperti cage match di dalam perlawanan gusti. ada pula yang tidak terdaya memanjat kurungan tersebut. tidak terdaya menahan nafsu malas. ya.

aku salah seorang yang tidak terdaya memanjat kurungan jahanam ini. memang, memang jahanam.

tetapi, aku masih sedar yang aku didalam lamunan kemalasan. itu sudah cukup bagus, berbanding dengan orang yang masih tidak sedar beliau di dalam lamunan yang menjadi musuh semua orang.

jadi, isu BANGKIT! kali ini, aku ingin mengutarakan isu MALAS. MALAS ya bangsat.

ya, semua orang tahu, kadangkala, kita sendiri malas mahu menjalankan tugasan seharian yang telah menjadi sebati di dalam diri kita.

pergi ke sekolah? malaslah.

pergi mengaji? lagi arr malas.

pergi merayau? nak saja!

ya. kadangkala, kita perlulah membuat pembaharuan didalam sesuatu perkara yang kita malas mahu lakukan. contohnya seperti belajar. belajar pada masa kini perlulah di dalam bentuk baru, bukan sahaja di dalam kelas sahaja. mungkin, pembelajaran bole dilakukan melalui multimedia, cerita dan lain lain.

ahh lari tajuk la setan.

jadi, ape2 hal pon, aku tak mahu jadi malas lagi. SPM nih wehh =(

BANGKIT! vol.1

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua umat Islam dan follower blog aku (kalau ade). seriously aku dah lame tak update blog ni dengan entry baru sebab malas dan banyak impak yang berlaku ke atas diri aku yang pacal nih. walaupun orang lain tak paham, namun, biarlah orang lain nak kata ape pun. my life, how would they care. pfft.

so, selama aku tak update, banyak isu yang aku cuba utarakan. tp, sifat malas yang membelungi diri aku ni makin kuat dan kian menular ke saraf tunjang aku. haha. tahniah si pemalas.

jadi, yang pertama sekali, buat isu pertama BANGKIT!, aku ingin mengutarakan pasal isu diskriminasi.

ya, diskriminasi. diskriminasi berlaku pabila seseorang dalam sebuah kumpulan yang besar diklasifikasikan kepada sebuah kumpulan yang lain. sebagai contoh, seperti orang kulit hitam dicaci, dimaki dan dilayan seperti anjing kurap di Amerika Syarikat oleh orang kulit putih.

aku hidup di dalam sebuah komuniti yang terdiri daripada 127 manusia, terdiri daripada 40 orang yang mempunyai batang kote dan 87 orang mempunyai puki ataupun 348 buah dada, aku sudah cukup masak dengan perangai setiap orang. diskriminasi berlaku di sini apabila ada golongan kacak dan hodoh, pandai dan bodoh.

ya, golongan kacak dilayan elok. hodoh? tak usah ditanya. endah tak endah je.

golongan pandai? dipuja macam patung zaman tamadun mesopotamia. golongan bodoh? disepak terajang seperti anjing.

dan banyak perkara-perkara minor yang diambil kira untuk mendiskriminasikan seseorang seperti warna kulit, bangsa, kebolehan, bakat, dan lain-lain.

fullstop. noktah.

P.R.A.I.V.A.S.I

privacy. setiap orang mahukan itu. bukan?

mempunyai ruang untuk melakukan sesuatu tanpa dilihat dan diganggu.

setiap orang ada.

AK TAKDAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!

erghh.

kalo ak sewa rumah ak takmo amik house mate. gi mampos kat dorang. ak nk idop sorang2.

p/s: di sini aku nak menyatakan aku takde bilik sendiri. bila ak balik, ak menumpang bilik kakak ak atau abang ak. bile barang ak misplaced, mak ak plak bising. tensi. babi.

busut

baru-baru ni, aku banyak membenci perkara-perkara yang digemari orang ramai. ianya membuatkan aku jelik, dan menjadikan mereka dicop sebagai trend victim.

trend victim? menatang haramjadah apakah yang telah ku nyatakan tadi?

tidak perlu contoh kerana ianya akan mengguris hati beberapa pihak yang sedang mengalaminya dan aku akan dicop sebagai mamat nak nampak matang kononnya. please.

sekarang ni, tak perlu dinyatakan, hanya melihat dengan menggunakan mata dan kepala hotak berjambul anda sendiri, pasti anda akan dapat lihat ramai remaja-remaja yang berpeleseran yang kononnya bangga dengan membawa ideologi dan budaya masing-masing. ianya bertambah jelik lagi apabila mereka muncul di sesetengah tempat yang teramat tidak sesuai.

walaupun isu ini telah hangat diperkatakan suatu ketika dahulu di mana kononnya golongan-golongan ini mengalami culture shock. diulangi, culture shock, bukannya electric shock mahupun shock absorber ataupun syok sendiri.

dan, negara ini telah dilanda demam indie. lagu indie, band indie, dressing indie, dan lain-lain lagi yang mempunyai perkataan indie seperti Indiana Jones, India, dan indisputable.

maksud indisputable pula adalah benda yang tidak boleh ditentang lagi kerana mempunyai alasan yang kukuh. dan mengapa di dalam neraka(why in hell) aku masuk topik indisputable pula? sebenarnya tiada kena mengena pun, saja ja suka-suka.

berpatah balik kepada topik, bagi yang sudah berumur, mungkin anda akan berkata di dalam hati kecil anda,"pejadah indie-indie nihh? lagu da la x sedap!", "indie? makanan kah? ataupun spesis menatang baru ko sebut nihh?"

hehe. cuba anda ingat kembali, zaman '80an, '90an, korang minat apa? mesti lah breakdance, grunge, voltron, power rangers, dan lain-lain lagi lahh. takkan aku nak sebutkan semuanya. bodoh.

jadi, biarlah remaja ini menyusuri alur zaman mereka. janganlah anda menyekat minat mereka.

tapi kadang-kadang menyampah gak tengok dressing cam sial. lebih2 lagi dak2 kecik. ngeee.

kepada rakan-rakan yang terasa, maafkan beta. nnti ak belanje korang rokok.

haru.

aku pulang dari Utara, setelah sejak sebulan aku tidak pulang ke rumah.

semasa ku pulang bulan lepas, ku menatap wajah ayah ku, wajahnya terpampang sedikit keceriaan dan kesihatannya masih lagi boleh kelihatan

tetapi, kini, aku hendak menangis apabila melihat keadaannya. tidak seperti dahulu.

ku teringat lagi, dahulu, dia seorang yang ceria, sering membuat lawak jenaka dengan ku sehingga terburai isi perut ku. namun, kini semuanya sudah berubah. sejak penyakit itu menyinggah ke tubuh ayah ku.

dahulu, apa yang ku minta daripada ayah ku, ayah ku belikan. tetapi, ku fikirkan kembali, apa yang ayah aku minta daripada ku tidak dapat ku tunaikan sepenuhnya. iaitu BELAJAR.

aku sering berada di awangan, memikirkan nasib ayah ku, sehinggakan aku dimarahi oleh guru-guruku. tidak fahamkah mereka? tetapi ku hanya senyap. tidak berkata apa.

aku sedih. mengenangkan kembali jasa ayahku. aku yang sering kurang ajar terhadapnya merasakan sungguh rasa serba salah apabila ayah ku menderita kesakitan.

sungguh banyak jasanya sehinggakan ku tidak dapat nyatakan. ku teringat lagi, detik-detik ketika membeli barangan untuk kemasukan ku ke MRSM. ayah ku telah menghabiskan banyak wang untuk memastikan aku selesa ketika berada di sana dan dapat menuntut ilmu.

ku teringat lagi, apabila ku tidak cukup wang, ku hanya capai gagang telefon awam dan menghubungi ayah ku, tidak mengira walaupun beliau penat ataupun sedang mesyuarat.

ku teringat lagi, ketika ku mahu pulang menaiki bas menuju ke Utara, beliau menghantar ku. sebelum menaiki bas, ku bersalaman tangan dengannya dan mencium tangannya dan beliau berkata kepada ku,"belajar elok-elok." pernah suatu ketika, ku memeluk tubuh kecilnya itu. ku sayu. memikirkan kembali.

ku teringat lagi, sewaktu kecil, ku sering bergaduh dengan ayah ku. aku bodoh. anak derhaka.

coretan hari ni sampai sini ja.

gaban.

tajuk merepek, biasalah.

saban hari, aku kuat berfikir secara merepek. bagus. itu lah aku yang dahulu. tetapi, aku tidak boleh lagi berperangai keanak-anakkan. itu perangai yang tidak bagus. tidak bagus. tidak. tetapi, aku sudah dapat apa yang aku telah hilang, itu sudah cukup bagus. tetapi, suatu tempat itu yang membuatkan aku tidak boleh berfikir begitu. cis.

setiap hari, kita duduk, minum, menonton televisyen, dan perkara-perkara lain. apabila diperintah oleh Yang Dipertua Ayahanda ataupun Yang Berbahagia Ibunda untuk melakukan sesuatu, sudah pasti, mulut kita akan terpacul satu perkataan yakni 'ok'. ya. anda mungkin tidak perasan, kerana ianya sudah menjadi habit atau tabiat kita.

hampir semua golongan, bangsa, negara, tahu dan faham maksud perkataan itu.

Ok sebenarnya bermaksud 'all right', 'indeed', baik, dan pelbagai lagi variasi pilihan perkataan untuk menyatakan ianya positif.

___________________________________________________________________

blog ku bosan. ada sebarang idea untuk diberikan untuk menyerikan lagi blog ku?

peliaq

peliaq, carutan orang kedah. bermaksud, pelir, kote, anu, zakar, alat sulit(lelaki) kemaluan.

tetapi, mengapakah alat kemaluan lelaki tersebut menjadi buah mulut orang ramai?


itu sudah menjadi persoalan yang kian mencengkam jiwa kerana masalah ini tidak diberi perhatian dan sudah menjadi tabiat di dalam kalangan masyarakat tidak kira umur, bangsa, agama, mahupun warganegara.

kita tidak boleh menafikan, bahawa kita sendiri tidak mencarut perkataan-perkataan yang agak kasar, gasar, Israel dan jijik itu.

jadi, tiadakah alternatif lain untuk menyelesaikan masalah yang kian menjadi epidemik dan berlarutan ini?

ini adalah langkah-langkah penyelesaian yang boleh di praktikkan supaya kita terhindar daripada mendapat dosa tanpa disedari:

1. banyakkan istighfar.
kadangkala, ramai orang akan mencarut dan mengeluarkan kata-kata kesat apabila tahap kesabaran dan keimanan di dalam diri sudah berada di tahap maksima. contohnya, apabila seseorang itu kehilangan barang, sudah termaktub di dalam dirinya bahawa kata-kata kesat tersebut akan terlancar seperti roket dari dalam peti suara seseorang itu. jadi, apabila perkara-perkara yang tidak diingini berlaku, banyakkan bersabar, selawat, dan istighfar.

2. hilangkan kemarahan
seperti kita tahu, carutan-carutan menggunakan alat-alat kemaluan tidak kira lelaki mahupun perempuan dan haiwan yang berpangkat haram ini sering dilontarkan dari mulut seseorang yang sudah hilang kesabaran didalam dirinya yang kekurangan iman. jadi, hilangkan kemarahan tersebut. hilangkan. selain melakukan aktiviti-aktiviti di atas, pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilakukan seperti bermain squash ala-ala Datuk Nicole Ann David, bermain polis sentri (police and thief) dengan anjing kurap kepunyaan jiran sebelah, bermain tampar-menampar ala-ala manja dengan anak Tok Ketua yang menjadi anak dara rebutan teruna-teruna kampung tidak kira muda atau tua nak mampos, mengorat Makcik Nab yang sering menjual karipap panas di bahu jalan di Kampung Arnab, dan melakukan seks bebas bersama bantal peluk kesayangan anda tanpa merisaukan jika anda merembeskan air mani tanpa memakai alat perlindungan mencegah kehamilan.

3. memberitahu kawan.
kawan itu sinonim dengan sahabat. tugas sahabat adalah mengingatkan, menghiburkan, mendengar, menemani, dan lain-lain lagi. tugas seorang sahabat sudah seperti sama taraf dengan tugas ibu bapa. oleh itu, untuk menghindarkan kita daripada terus melontarkan kata-kata carutan yang membuatkan orang memandang anda sungguh hina dan jijik, anda boleh memberitahu kepada rakan-rakan anda dan menyatakan bahawa anda berniat untuk berhenti mencarut dan mengeluarkan kata-kata kesat. oleh itu, pesan kepada kawan-kawan anda, sekiranya anda tetap berdegil dan 'batu dalam kapla adda duduk juga' untuk mencarut juga, anda boleh menyuruh rakan-rakan anda untuk 'membelai' anda secara radikal, zionis, Israel, ganas, kejam, zalim, dan tanpa belas kasihan. langkah ini dipraktikan untuk mengingatkan bahawa, sekiranya anda mencarut, anda akan 'dibelai' dengan penuh manja dan bagaikan menatangkan minyak yang penuh.

sekian, otak ini telah letih untuk pemerahan idea-idea yang bernas untuk mencegah daripada umat-umat Islam tidak kira tua atau muda daripada terus mencarut dan mengumpul dosa-dosa yang menimbun seperti gunung Daik bercabang tiga.
ku pulang. 28hb, setelah dipertimbangkan oleh En.Ariffin yang ku kagumi, akhirnya hukuman ku diringankan.

mengapa aku dikenakan hukuman? jangan ditanya soalan yang tidak akan ku jawab itu.

jadi, ku pulang menaiki bas express kesatuan. walaupun agak celaka bunyi sistem penyerap hentaknya, tapi, ku tetap dapat lena dengan diulit mimpi yang indah.

tetapi, persoalannya kini, ku mahu mengutarakan soalan yang bermain di kepala otak ku ini. walaupun ku agak bebal, tapi ku tetap mahu berfikir.

mengapakah manusia mencipta sebuah kumpulan di dalam kumpulan?

faham? tidak faham?

*mcm buat group sndri la dalam satu group*

pelik dan pelir.

kadangkala, sesebuah group itu menjadi major dan bakal membolot kesemua peluang sehingga group-group yang dominan ini tidak akan mendapat apa2.

apa yang aku carutkan ini pasti anda tidak faham. biarlah terpahat didalam hati ku ini.

balik ini? nak buat apa? mesti boring.

SPM bakal tiba pada bulan 11 kelak. trial? bulan 9. trial MARA? bulan 8 kot. entahlah.

tapi, alhamdullilah, ujian selaras 1 dan 2 tidak ada yang ku gagal. yeahh.
hhuhu.

jelik, pelik, dan rimas.

beberape ari ni ak senyap jer. tatau nape. malas nk berkate2 menggunakan mulut. dah lame tak update blog. yaaa, entry kali ni akan menjadi yang terpanjang.

berbalik kepada topik hangat ini.

jadi, ak gunekan peluang tersebut untuk memerhati, mentafsir, dan menganalisis setiap gerak geri guru2ku, rakan2ku, dan orang2 yang berada di skeliling ku. chett ayat xbleh blahh.

ak leh conclude kat situ, sume org ade masalah.

1. masalah 'tunjuk hebat'.

yang ni, mmg ketara. nk jadi yang terhebat. nk jadi yang power dari yang lain. tp, masalah ni, akan mendatangkan masalah kat orang lain plak. contohnya, dia mempergunakan orang yang lemah untuk menjadikan dia hebat. merendah2kan orang yang lemah. dan pelbagai lagi demi kepuasan diri yang ingin dikecapi oleh beliau dan akan merasakan dirinya hebat umpama syaitan. yaa.

2. masalah mencari masalah.

yang ni, tidak ketara sangat dalam sesebuah komuniti. kerana semua org mempunyai otak untuk memikirkan konsikuens sekiranya mencari masalah. mencari masalah? contohnya, sering membuat sikap yang diri sendiri merasakan orang sekeliling senang dengan beliau walhal orang sekeliling jelik, dan tidak suka akan sikap beliau. yaa. itu yang ku cuba sampaikan.

3. masalah K.A.W.A.N

ini pula, jarang jumpa. tp, ade juga. jgn ingat takde. semua orang ada kwn. kan? tp, sesetengah orang ni, die tak boleh, just x boleh nak bergaul. hendak tahu mengapa? sebab, die tidak selesa dengan cara sesetengah orang melayan orang. yalahh, lain orang, lain ragam. tp, hidup ini pahit, kene telan kalau nak hidup. kalo xdapat telan, mati. mati lagi elok. tp, untuk orang jenis ni, come on lahh, terima sajalah ape jenis ragam kawan skali pun. jika semua kwn anda itu adalah perangai jenis yang sama dan mengikut selera anda pasti akan bosan hidup ini.

4. masalah relationship.

yang ni pula ak dapat ketika menganalisis rakan2 ku. maksud ku disini adalah pakwe dan makwe lahh sayang. bagi lelaki, semuanya nak yang cantik, baik, alim, dan alim. bagi perempuan, semuanya nak yang hensem, baik, alim, dan hensem. sedarlah. anda bukan seperfect itu untuk mendapatkan yang perfect. muka hudoh, perangai cam setan, solat pon tinggal. yaa, itu anda. mungkin anda memerlukan cermin pada setiap masa, kan? untuk menyedarkan diri anda itu bukanlah seperfect mana. tolonglah. ambik je pompuan yang mane ade. ade gak burit kan? tetek? ni tak, dah tau budak hott tu dah ade pakwe, lagi nk gi rebot. bodo kan? kan? lepas tu gadoh2. bodoh. pompuan tak boleh bwk mati lahh. telor.

5. masalah mulut.

yang ni, memang semua orang ade masalah. aku sendiri pon ade. haha. 'equals to' je ak ni. masing2 paham2 je lah. =D

habis. di sini ak dapat conclude kan, semua orang ade masalah. tp, tak sedar masalah itu sebenarnya terlekat di dahi masing2. =D


____________________________________________________________________

yaa, ak balik umah. tapi, balik bukan la nk bersuka ria sangat. ayah aku operation major esok (16 April 2009)

so, mase on de way balik, dalam bas tadi, ak terkenang, jasa2 yang mama dan ayah ku. banyak. ak mungkin akan berteriakan untuk menaip semuanya. biarlah kepala hotak ku saja yang menyimpan jasa2 tersebut.

pernah ku terdengar di dalam sebuah tazkirah di maktab ku bahawa, banyak mana pun jasa yang telah ibu dan bapa taburkan ke atas diri kita, tetapi kita tidak boleh menebus atau membayarnya kembali di DUNIA ini, tidak kira sama ada dengan wang ringgit, harta, atau apa sekalipun. tetapi, ada satu cara sahaja. yakni, mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan, dosa diampunkan, dan lain-lain lagi di dunia ataupun akhirat.

ak memikirkan kembali, adakah itu memadai? wallahualam.

anak mu ini sentiasa teringatkan, mendoakan, mengenangkan mu wahai mama dan papa. maafkan mal kerna amal banyak menghabiskan masa nun jauh di utara. tiada masa lagi untuk bermanja2, bergurau senda, seperti ketika sebelum ku dimasukkan ke asrama tersebut.

tetapi, ku telah betulkan niat ku. niat ku adalah untuk belajar, belajar dan belajar.


____________________________________________________________________


puki

tajuk lucah? saje je. =D

makin ari makin senang idup ni.

camne? setelkan masalah satu per satu.

jangan gelabah. kene kuat. jangan ketaq.

take the risk.

in hell i dunno what i just blabbered.

haha.

ak hendak menceritakan satu pengalaman yang menarik iaitu ketika dalam perjalanan hendak pulang ke Gopeng daripada Aloq Setaq.

ak memulakan ari ak dengan menunaikan solat subuh setelah dikejutkan dengan suara yang menggoda Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, Pak Pin. suare tu jer dah bleh mengejotkan satu floor blok Tuah.

dengan muke ala2 keretapi nk tergelincir dari landasan, ak mandi dengan air yang sejuk seolah mencekik kesemua heat receptor ak. cam butoh sejuk.

lps tu, siap pakai baju melayu kaler ungu dengan seluar slack, ak pon g semayang. dekat jer surau. golek2 dah smpai.

setelah itu, ak sarapan di DS dengan adanya barisan makcik-makcik dan abg-abg DS yang peramah dan amanah menjalankan tugas menghidangkan makanan kepada kami hampir setiap hari. terima kasih makcik dan abg DS. jasamu dikenang.

oleh itu, disebabkan penyakit kenyang terlampau sgt, ak pon tidor kembali tidak menghiraukan sesiapa pon.

jarum jam panjang melepasi titik 12. jarum jam pendek menusuk ke bawah angka 8. ak menguap mengantuk bangun daripada mimpi yang penuh lucah dan berahi. kwn ku menggerakkan aku supaya bangun untuk bersiap hendak pergi ke Aloq Setaq secepat mungkin. cibai pnye kawan.

mandi balik. tp air panas. best wohh.

siap pnye siap, pegi ke DB jap. tgk kejohanan badminton. ramai gilos orang. budak kecik, beso, tua nk mampos, muda tak reti mampos, sume ade. ade sorang tu usha2 ak. pompuan. tek besar. ciss. tego la ak cibai. bodoh. telor.

lps tu, kami menapak, menuju ke pondok guard yang terletak di pagar utama maktab. kami meletakkan kad outing kami dan belah, menunggu teksi yang kami telah hubungi awal2 lagi. takkankan sume nk cite kot. huhu

pakcik tu smpai. yeahhh kacak arr pakcik. tp haram tak ensem pon. manis tu ade arr.

lps tu, berenti kat pendang. haha. bukannye naik teksi p Aloq Setaq. mahal nk mampos.

tunggu bas. tunggu tunggu tunggu.

bas datang. bas burok je. tp ok la tuhh.

naik naik naik jalan jalan jalan lalu Langgaq, smpai Pekan Rabu.

lps tu kami berfoya-foya di Center Point. kami berempat. ak, Syawal, Senun, Iss.

kami buat macam2. beli dvd blue, maen game, kaco awek, kaco tokey kedai, kaco akak McD, kaco akak jual ayaq, dan pelbagai lagi.

lagi skali, jarum jam hendak menusuk ke bawah rusuk kiri pukul 12. ak hendak blah disebabkan tiket kol 1.30. ade la mase sket. hehe.

so, ak blahh. tunggu bas tunggu tunggu tunggu tunggu

bas datang. bas air cond. naik naik naik naik xde awek

jalan jalan jalan jalan sampai kat Shahab Perdana.

so, lagi skali, tunggu tunggu tunggu, cuci cuci cuci cuci cuci mate

tp yang peliknye, awek2 sume usha ak

pale cibai tol. zip ak ok. baju ok.

diorang nmpk baju terbang kot. (sbb ak itam sgt.)

huhu.

1.30. bas tak smpai. ak tension.

1.40. ak mle mncarot secara kecil-kecilan di tempat duduk ku.

1.50. ni dah lebih ni sedare. ak mule mencarot tanpa malu di khalayak ramai.

2.10. baru la bas babi ni muncul. haha.

so, naik lahh. 4 jam gakk ak dlm bas tuh. huhu. da la awek xde nk smbang2. telor.

ak terfikir, dlm bas tuh.

nape eh kite nak couple2? ak mngajukan soalan tu kat diri ak.

ak xde komitmen lagi rasenye. tak mampu nk jage anak orang nih.

duit? haha harap mak bapak. kereta? setakat kete control tu, takyah la. rumah? hahahahaha gelak besar ak.

so, kerna kasih sayang yang hendak dicari?

sedangkan, secara anjakan paradigma, ak takde sume tuh.

cikgu idola ak, en. ********************** penah berkate;

"kawen ni susah. mmg susah. kene ade sifat rasional ngan timbang rase. kene matang. kalo nk ikutkan, sume orang nak bahagia. sume orang nk romen tiap2 malam. sume orang nk tiap2 ari best jer, takde masalah. lg satu, sblom kawen, katekan terngorat awek orang? susah kan?. terngorat bini orang lagi susah."

haha. best kan? walopon ak ingt lg ckp2 die tu, tp, ak buat donno je wat2 xtau.

hmm. ak sebenarnye, couple jgak. haha. =D

smbang cam xcouple. huhu

dah la.

dah pnjang sangat entry ak ni

selamat malam.

selamat malam ku ucapkan kepada anjing2 yang melakukan tarian pichi2 sekitar maktab.

malam ini, ku telah on9 di alor setar yang sepi. lesu~

ku balik 19hb ni. best. siot.

takde ape untuk dientrykan.

tapi. ak dah makin jadi tegas, kurang ajar, berani, dan tidak pikirkan risiko.

lain? memang ak lain. tatau pasal ape. ak sendiri pon lain.

split personality? mungkin. haha. cam sial.

yeahh. ak nk berubah. nazar.

=D

SPM beb taun nih. haha.

da lame tak update blog.