busut

baru-baru ni, aku banyak membenci perkara-perkara yang digemari orang ramai. ianya membuatkan aku jelik, dan menjadikan mereka dicop sebagai trend victim.

trend victim? menatang haramjadah apakah yang telah ku nyatakan tadi?

tidak perlu contoh kerana ianya akan mengguris hati beberapa pihak yang sedang mengalaminya dan aku akan dicop sebagai mamat nak nampak matang kononnya. please.

sekarang ni, tak perlu dinyatakan, hanya melihat dengan menggunakan mata dan kepala hotak berjambul anda sendiri, pasti anda akan dapat lihat ramai remaja-remaja yang berpeleseran yang kononnya bangga dengan membawa ideologi dan budaya masing-masing. ianya bertambah jelik lagi apabila mereka muncul di sesetengah tempat yang teramat tidak sesuai.

walaupun isu ini telah hangat diperkatakan suatu ketika dahulu di mana kononnya golongan-golongan ini mengalami culture shock. diulangi, culture shock, bukannya electric shock mahupun shock absorber ataupun syok sendiri.

dan, negara ini telah dilanda demam indie. lagu indie, band indie, dressing indie, dan lain-lain lagi yang mempunyai perkataan indie seperti Indiana Jones, India, dan indisputable.

maksud indisputable pula adalah benda yang tidak boleh ditentang lagi kerana mempunyai alasan yang kukuh. dan mengapa di dalam neraka(why in hell) aku masuk topik indisputable pula? sebenarnya tiada kena mengena pun, saja ja suka-suka.

berpatah balik kepada topik, bagi yang sudah berumur, mungkin anda akan berkata di dalam hati kecil anda,"pejadah indie-indie nihh? lagu da la x sedap!", "indie? makanan kah? ataupun spesis menatang baru ko sebut nihh?"

hehe. cuba anda ingat kembali, zaman '80an, '90an, korang minat apa? mesti lah breakdance, grunge, voltron, power rangers, dan lain-lain lagi lahh. takkan aku nak sebutkan semuanya. bodoh.

jadi, biarlah remaja ini menyusuri alur zaman mereka. janganlah anda menyekat minat mereka.

tapi kadang-kadang menyampah gak tengok dressing cam sial. lebih2 lagi dak2 kecik. ngeee.

kepada rakan-rakan yang terasa, maafkan beta. nnti ak belanje korang rokok.

0 carutan: