ini adalah cerpen aku yang dibuat secara terpaksa oleh cikgu kesayangan ku, encik ery. haha. tak best pon.
___________________________________________________________________
Aku tergamam. Di kelopak pintu bilik mamaku, ku berdiri, menahan sebak setelah menerima berita yang tidak dapat ku terima hakikatnya. “Papa will be fine. Lepas operation tu papa ok lah.” Itu janji – janji bapaku. Aku hanya mampu terdiam, menahan sebak di dada. Mama hanya mampu melihatku. Ini ceritaku.
+ + + + + + + + + + +
9.45 A.M / Isnin / Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
“Mama, amal risaukan papa.” Ku merengek kepada mamaku. “Alah, jangan risau, papa kau tu kuat orangnya. Papa boleh tahan.” Balas mama ku. Ku terdiam. “Kreeek” bunyi kelopak pintu bahagian pakar pembedahan dibuka. Papaku keluar. “Papa kena masuk wad.” Oh tidak, ini satu permulaan yang tidak bagus. Tidak bagus. “Papa kena masuk wad sebab nak buang bahagian usus yang kena block tu. Kalau tak buang, mati la papa.” Perkataan mati itu seolah-olah menampar mukaku yang kacak ini. Ku hanya mampu tunduk menahan sebak. Setelah papa dimasukkan ke dalam wad, mama bersetuju untuk menjaga papa di hospital. Jadi, terpaksa aku pulang ke rumah bersama abangku. Ku menjadi bercelaru, keliru. Abang ku hanya mampu melihat gelagat ku. “Amal, papa will be fine. Rileks lah. Kita semua tau papa kuat kan?” dia mematikan lamunanku. “ Tak tau lah bro. I have a bad feeling about this.” “Rileks. Kau tu nak SPM tahun ni. Jangan nak celarukan kepala ko yang tak pandai tu. Haha.” Dia ketawa sinis. Aku hanya mampu mengangkat jari tengah ku yang panjang kepadanya.
+ + + + + + + + + + +
8.00 A.M / Selasa / Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Abangku sengaja datang awal ke hospital untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Tidak mengapa. Tetapi salah aku juga, tidur lewat pada malam semalam. Ahhh. Demi papaku. “Ting” pintu lif terbuka. “Tekan lah nombor lima tu.” Cebik abang ku. “Rilek ar” balas aku. Kami tiba di bilik papa. Aik, ramainya orang. Oh, saudara mara kami. Pak Long, Pak Andak, Pak Su, kesemuanya ada datang melihat papaku. Kami hanya berbual – bual kosong. Setelah hampir 3 jam mereka bertandang, Pak Long dan Pak Andak datang berjumpa Mama untuk berbincang. ‘Kak Idah, I can support him for the operation cost. It only cost RM10k.” “Azhar, we might want to try other method. Mungkin ada cara lain boleh surutkan bengkak kat usus tu.” Pak long ku tergamam dengan jawapan mamaku. “Cara lain? How Kak Idah?” Pak Andak mencelah. “Cara tradisional ada, homeopathy ada. Kawan – kawan akak ramai yang try, ok je. Sihat dah pun.” “Oklah, do whatever method that you think might solve this problem. But, if you still need the money, I always there to help.” jelas Pak Long “Saya pun sama Kak Idah.” celah Pak Andak lagi. Aku mencuri dengar perbualan mereka yang seakan akan sulit itu. Aku pergi mengambil angin di luar. Abang ku sedang gembira melayan asap dari sebatang rokok. “Bang, nak tanya ni. Macam mana kalau…” “Kau biasa tak rasa penendang Godzilla?” abangku menggelarkan dirinya seekor Godzilla. Kelakar. Mengaku pula ya? “Pernah gak, masa kecik – kecik dulu.” balas ku. Kami ketawa riang. Ku masuk semula untuk berjumpa dengan papa sebelum ku pulang kerana hari sudah lewat. Lagipun, esok aku sudah pulang menuju ke utara tanah air untuk meneruskan hari-hari pengajian ku di maktab ku yang penuh kontroversi itu. Ku lihat, semua saudara-mara ku sudah mula beransur pulang, hanya tinggal Pak Long ku sahaja bersama anaknya yang mirip Diana Danielle. “Ma, abang nak balik dah. Dia cakap ada urusan apa entah.” “Oh, takpe. Baliklah, jaga rumah, bagi kucing makan.” Pesan mama. Ku pusing badanku 180 darjah. Terlihat papa ku di atas katil. Ku menghampiri papaku. “Pa, amal nak balik ke Kedah esok. Papa jaga diri tau. Nanti masa operation tu amal ada teman papa nanti tau.” Aku merengek kepada papaku. “Iya. Papa will be fine after the operation. Kalau awak tak balik pun takpe. Awak tu nak SPM. Study rajin-rajin.” Oh, sebak memanah dada ku. Air mata ku hampir bergelinangan. “Ish, orang lelaki tak elok menangis.” Papa ku memarahi aku. “Tak, ni habuk masuk dalam mata.” Ku mencari alasan.
+ + + + + + + + + + +
10.20 A.M / Rabu / Kelas 5B, MRSM Pendang.
“Kau nak ke mana, Man?” tanya Pidut kepada ku. “Nak jumpa Cikgu Pin sat. nak hantar surat nak balik.” “Bukan kita baru balik ke tiga minggu lepas? Takkan homesick kot? Haha.” Insan seperti Pidut ini sememangnya insan yang tidak berhati perut. “Takdelah, ayah aku operation Sabtu ni. Aku ingat nak mintak balik esok.” Dia tergamam. “Aku temankan kau.” “No hal.” Jadi, kami menyerbu masuk ke dalam pejabat Cikgu Pin. Cikgu Pin kadangkala sering membuat kami tertawa dengan lawak ‘blur’nya. Tetapi kali ini muka beliau sememangnya menggerunkan. “ Assalamualaikum cikgu.” “Haa, Waalaikumsalam. Nak ape nih pagi-pagi buta datang jumpa saya nih?” beliau herdik. “Saya datang ni nak bagi surat kat cikgu.” “Bak sini surat tu. Surat ape ni? Surat cinta ya?” beliau buat lawak yang tidak lawak. Setelah direnung surat itu, beliau mula membuka mulut, “Surat ni, awak yang tulis?” “Ya, cikgu.” Surat itu dibalingnya ke atas karpet. “Kalau awak nak balik, surat itu mestilah ditulis oleh ibubapa awak. Awak tak boleh sewenang-wenangnya tulis surat permohonan tu.” Herdik beliau. “Baik cikgu.” Balas ku baik. “Saya harap ayah awak akan sembuh nanti. Kita semua doakan begitu.” Oh, baiklah cikgu. Aku keluar dari pejabat itu. “Bagaimana?” soalan Pidut itu menambahkan lagi runsingku. “Tak boleh lah. Surat tu kena mak ayah tulis. Ahhh serabutlah.” balas ku lagi. “Takpe lah, suruh mak kau yang tulis. Apa susah?” “Yelah Encik Pidut si Presiden BWP.” balas ku. Akhirnya kami singgah ke koperasi untuk membeli makanan di situ.
+ + + + + + + + + + +
9.00 A.M / Khamis / Kelas 5B, MRSM Pendang.
“Assalamualaikum. Perhatian kepada semua pelajar MRSM Pendang. Perhatian kepada pelajar yang bernama Akmal Asyraf bin Azman di kelas 5B, sila datang ke bilik Ketua Warden sekarang. Saya ulang, pelajar yang bernama Akmal Asyraf bin Azman sila datang ke bilik Ketua Warden sekarang.” Ku tergamam. Mengapakah di pagi dinihari ini nama ku dipanggil ke bilik Ketua Warden? Bilik Ketua Warden itu dianggap bagaikan sebuah bilik hukuman yang menggerunkan. Tidak mengapa, aku tetap kena pergi. Selepas meminta izin dengan guru yang mengajar di hadapan, aku melangkah ke bilik ketua warden dengan penuh maskulin. Rakan – rakan lain memberikan semangat kepada ku. Inilah dinamakan kawan. “Tok, Tok”, ku mengetuk kelopak pintu bilik Ketua Warden itu. “Masuk!” herdik Ketua Warden kami, Cikgu Ashar yang mengajar matapelajaran Kimia. “Assalamualaikum cikgu. Ada apa cikgu?” “Saya dengar dari Cikgu Pin kamu buat permohonan nak balik ya?” kata cikguku. Mana saja dia dapat berita ini.”Ya cikgu. Sebab ayah saya operate sabtu ni.” “Kamu mana boleh buat permohonan nak balik macam tu. Ibubapa kamu yang kena tulis.” “Ah, kalau cikgu setakat nak panggil aku ke bilik cikgu ni nak marah-marah aku sebab aku buat kesilapan bodoh, baik tak payah.” aku bermonolog. “Takpelah, saya bagi kamu balik. Kamu nak balik ke sini pun bila-bila boleh. Tapi jangan lewat sangat. Cikgu Pin kesan nanti. Kamu balik hari isnin ni nanti ya?” kata Cikgu Ashar. Adakah aku bermimpi? Alhamdullilah. Baik juga Cikgu Ashar ini. Aku pulang ke kelas dengan muka yang gembira. Cikgu Hamidah, cikgu Matematik Tambahan dan rakan-rakan yang lain pelik melihat tingkahlaku ku yang buang tebiat. “Awat ni Man? Takkan kena rotan pun syok? Haha.” Cikgu Hamidah memerliku. “Takdelah cikgu. Cikgu Ashar bagi pulang bermalam.” “Eh, kenapa?” dia menjawab kehairanan. “ Ayah saya operate Sabtu ni. Sebab tu saya kena balik.” “Oh, begitu. Takpelah man, saya doakan ayah awak cepat sembuh. Dah, pegi duduk tempat awak.” kata beliau. Aku terus melabuhkan punggungku ke kerusi ku dan meneruskan sesi pembelajaran. “Tettttttt” bunyi siren maktabku yang menunjukkan jam sudah pukul dua petang. Sesi pembelajaran sudah habis. “Man, semoga ayah kau sembuh cepat tau. Aku doakan.” suara Aisyah Mahadzir menerpa dari belakang ku ataupun lebih disenangi dengan panggilan Cahdet. “Ya, terima kasih Cahdet. Kau memang baik lah.” “Rilek lah.” Balasnya selamba. Aku pulang ke bilik ku untuk berkemas untuk pulang ke selatan, yakni Perak Darul Ridzuan. Rakan-rakan ku yang lain datang untuk beri semangat kepada ku sambil mengganggu aku untuk mengemas beg. Rimas. Tidak mengapa, nasib baik mereka kawan-kawan aku. Setelah siap aku berkemas, aku terus meninggalkan maktab pada pukul tiga yang diiringi beberapa rakan baik ku, Pidut, Arip, dan Chip. Aku menumpang kereta Cikgu Hamidah yang berjanji untuk menghantar ku terus ke Alor Setar. “Man, awat termenung je?” “Terkenang, cikgu. Jasa-jasa yang ayah saya buat untuk saya. Saya tak tahu la sempat atau tak saya balas semua jasa dia tu.” “Man, ingat ni, kita tak boleh nak balas jasa ibu bapa kita. Tapi, ada satu cara je yang boleh kita buat.” balas Cikgu Hamidah. “Bagaimana?” “Doa lah Man. Man doakan ibu bapa Man sihat, murah rezeki, panjang umur dan lain-lain pun dah cukup untuk balas jasa ibu bapa kita.” “Baik cikgu. Saya ikut nasihat cikgu.” “Haa, macam tu la anak murid cikgu. Jangan sedih-sedih tau?” Beliau cuba membuat ku tersenyum. Kereta Honda Jazz yang kami naiki terus meluncur laju menuju ke Alor Setar. Beliau menurunkan aku di Shahab Perdana. “Man, jaga diri elok-elok. Jangan nakal. Ingat, kirim salam kat mak dan ayah tau?” pesan Cikgu Hamidah seperti seorang ibu yang prihatin. “Baik cikgu. Saya ikut nasihat cikgu.” Ku balas dan ku tutup kelopak pintu keretanya dan cikgu terus meluncur pergi meninggalkan ku.
+ + + + + + + + + + +
8.00 A.M / Jumaat / Rumah
“Amal, bangun! Kita pergi ke hospital! Cepat lah!” abang ku dengan kasarnya menggerakkan ku. Tidakkah dia faham aku penat? Tidak mengapa. Demi untuk melihat papaku, ku bangun dan ku capai tualaku untuk mandi. Setelah selesai mandi, ku bersiap dan terus pergi ke hospital bersama abang ku. “Kenapa lambat sangat?” “Amal penat tau tak?” “Ala, orang lain pun penat. Abang pun penat, jaga kedai.” Balas abang ku. “Jaga kedai lain, balik kampung lain. Don’t make it an issue lah” balas ku dengan rimas. Abang ku diam. Kami terus meluncur laju menuju ke hospital. Rupa-rupanya, pembedahan itu dijalankan pada hari ini, tidak seperti yang dijadualkan yakni esok. Tidak mengapa. Ianya semua untuk papa juga. Kami tiba di hospital. Kelihatan mama gusar di luar pintu dewan pembedahan. “Papa dah lama masuk. Operation mungkin makan masa 6 jam.” “6 jam ma?” balas ku terkejut. “Ya, 6 jam, papa baru masuk setengah jam lepas.” Balas mama ku. Oh, tidak. Lepas 3 jam, papa keluar. Kami kehairanan. Belum sempat kami bertanyakan soalan, papa terus beritahu. “Doktor masukkan paip kat bahagian bengkak tu. Dia kata papa ada harapan nak sembuh lagi.”
Alhamdullillah. Kami semua gembira. Di dalam bilik, papa dapat kembali makan seperti sedia kala. Sebelum ini tidak boleh. Aku sudah cukup gembira. Kami semua menjaga papa sampai keesokan hari. Namun, aku dengan papa harus berpisah pada petang itu kerana keesokan harinya aku terpaksa pulang ke Utara. Papa ku faham. Namun, aku berat hati untuk meninggalkannya.
+ + + + + + + + + + +
3.00 P.M / Khamis / Pejabat Cikgu Pin
“Kamu semua ni, 22 orang ni, dah melakukan kesalahan yang besar, tau tak? Hm? Kalau pihak HQ tahu perkara ni, kamu semua boleh kena buang tau tak?” herdik Cikgu Pin. Kami tunduk dengan muka bersalah. Cikgu Pin keluar dan digantikan pula dengan Cikgu Ashar untuk memberikan kata putus tentang hukuman kami. “Baiklah, kamu semua tahu tentang kesalahan masing-masing yang kamu dah buat. Jadi, kamu semua akan digantung selama 5 hari termasuk hari Sabtu dan Ahad bermula pada hari ini. Ni hukuman serta merta, belum lagi hukuman yang disabitkan.” Jelas Cikgu Ashar. Kami hanya mengangguk akur. Setelah bersurai, Cikgu Ashar memanggil aku. “Kamu nak balik macam mana? Mak boleh jemput?” “Tak boleh la cikgu. Mak saya tak boleh drive jauh-jauh.” “Takpelah, kejap lagi saya hantar awak senyap-senyap ke Alor Star. Awak siapkan lah beg awak semua ya?” “Baik cikgu, terima kasih cikgu.” Balas ku dengan perasaan lega. Ku pulang ke bilik dengan perasaan serba salah. Arghh, bagaimana nak ku jawab dengan mama? Pasti mama naik berang. Papa pula bagaimana? Dengan keadaannya begitu. Kuatkan semangat Amal. Setelah ku bersiap, ku terus pergi ke rumah Cikgu Ashar dengan beberapa rakan lain yang ingin menumpangnya. Kami terus menuju ke Alor Setar. Namun, dia tidak bercakap sepatah kata pun. Mungkin tekanan agaknya. Setibanya di Shahab Perdana, barulah dia membuka mulut, “ kamu semua balik elok-elok, jaga diri. Tau?” “Baik cikgu, kami ikut cakap cikgu.” Dia terus meluncur pergi. Kami pun terus mencari tiket dan mujur dapat. Tepat pukul 8 malam, ku tiba di Ipoh. Abang ku sudah terpacak menungguku. Mujur aku hubunginya dahulu. Kalau tidak. “Awak tibai teruk ke budak tu?” “Takde la, pukul sikit je pun.” “Oh, ingatkan teruk.” Setibanya kami di rumah, aku terus salam tangan mama. “Papa mana?” “Kat dalam.” Ku terus masuk ke dalam bilik dan ku lihat papa seperti tiada harapan. Kurus, tidak seperti biasa. Hati ku sebak. Ku salam tangannya. Sejuk. Sebak. Mama ku suruh ku tidur kerana mungkin aku penat. Ke terus melabuhkan badanku ke atas katil. Namun, mata ku tidak dapat ku tutupkan, memikirkan tentang papa.aku sudah merasakan, bahawa tidak lama lagi perginya ketua keluarga ini. Aku menangis. Tidak dapat ku menahannya. Papa sememangnya berlainan. Arghh. .
+ + + + + + + + + + +
6.15 A.M / Jumaat / Rumah
Setelah selesai aku solat Subuh, mama meminta aku memapah papa untuk ke bilik air untuk memandikan papa. Papa sememangnya lemah. Jadi, aku dan mama memapah papa pergi ke bilik air. Namun, di bilik air, tiba-tiba papa pengsan. Aku kehairanan. Mama menyuruhku pergi mengambil air sejuk. Ini petanda tidak bagus. Ku berikan air sejuk itu kepada mama dan mama menyimbah air tersebut kepada papa. Papa tersedar. Syukur. Setelah selesai memandikan papa, kami memapahnya semula ke bilik tidur untuk memakaikan bajunya. Malangnya, dia pengsan sekali lagi. Cara itu sekali lagi dibuat. Papa tersedar. Papa bertanya kepada ku, “Apa dah jadi? Papa seolah-olah berada di dalam lamunan sebentar tadi. “Papa pengsan tadi pa.” Papa hanya mengangguk kehairanan. Semasa mama membantu papa memakaikan baju, mama merasakan badan papa panas. Panas, tidak seperti biasa. Mama cakap kepadaku, sudah beberapa hari papa demam, sebab itu terpaksa memapahnya untuk ke bilik air. Jadi, disebabkan terlalu risaukan papa, mama mengambil tindakan untuk menelefon pihak hospital untuk menghantarkan ambulans untuk menjemput papaku. Abang ku tiada di rumah kerana sibuk dengan kedainya. Ambulans tiba dan menjemput papa 15 minit kemudian. Mama menyuruhku untuk tinggal di rumah menunggu abangku tiba. Setelah hampir 5 minit, abangku tiba. Dia bergegas pergi ke hospital bersama ku kerana risaukan papa kesayangan kami. Abang ku tidak bercakap sepatah apa pun. Aku diam. Keadaan waktu itu sempit, bercelaru. Setibanya di hospital, kelihatan mama berada di luar bilik kecemasan. “Apa jadi ma?” “Papa kena fit sebab demam panas tu. Sekarang ni tunggu dia stabil, doktor cakap.” Arghh. Tekanan. Tiba-tiba, kelopak pintu bilik kecemasan itu dibuka. Kelihatan seorang doctor, bersama dua orang jururawat keluar bersama papa yang di atas katil. “Encik Azman terpaksa masuk ke wad. Demam panasnya pada tahap kritikal.” Jadi, kami mengiringi papa terus ke wad. Di dalam wad, papa kelihatan tidak keruan, tidak seperti papa yang biasa.Papa menjadi bercelaru, dan ada ketika papa bercakap seorang diri. Namun, tidak mengapa. Papa ku juga, bukannya papa orang lain. Namun, malam itu memang terasa kelainannya. Aku sudah merasakan. Abang ku juga sudah merasakan. “Amal, papa nak air.” Terketar-ketar papa ku meminta air. Aku menyuapkan air kepadanya menggunakan straw. Ibu ku tidur di atas katil bersebelahan kerana sudah 2 hari tidak dapat tidur kerana menjaga papa. Tidak mengapa. Tiba-tiba, “Arip, tolong halaukan burung hitam tu.” pinta papa kepada abangku. Abangku kehairanan. “Arip dah halau dah pa.” Abangku kelihatan sedih, kerana perasaan dia kuat menyatakan mungkin tidak lama lagi. Tiba-tiba, mama bangun dari diulit mimpi. “Amal, Arip, kalau nak balik, balik lah. Biar mama jaga papa. Kat rumah tu siapa nak beri makan kucing, jaga rumah.” Kami akur dengan permintaan mama dan kami pulang. Aku dengan abang ku tidak bercakap apa pun. Aku hanya terkenang jasa dan pengorbanan seorang ayah. Pilu. Memang pilu. .
+ + + + + + + + + + +
5.45 A.M / Sabtu / Rumah
“Hoi! Bangun la cepat! Bangun!” abang ku menggerakkan ku sambil dia menggoncangkan badan ku. Aku dengan pening lalatnya bangun dan mencapai tuala ku dan terus mandi. “Kenapa abang nih? Biarkan lah.” Setelah ku bersiap, ku terus menaiki kereta dan meluncur laju menuju ke hospital bersama abang ku. Mata abang ku bergelinangan air mata. Aku sudah tidak keruan. Adakah hari ini… Oh tidak, tak mungkin. Abang ku melanggar kesemua lampu trafik berwarna merah. Memang berani. Kami sampai di hospital dalam masa 10 minit sahaja. Kami bergegas ke bilik papa. Kelihatan mama sedang teresak-esak menangis, mengurut-urut dada papa yang kesesakan nafas. Arghh. Tidak mungkin hari ini. Tidak mungkin. Aku menghampiri papa. Papa memegang tangan ku dan berbisik, “SPM ni, buat elok-elok.” Aku tidak dapat menahan sebak. Papa berhempas pulas, melawan takdir untuk hidup. Mama tidak berhenti-henti mengajar papa ku untuk mengucap dua kalimah syahadah. Tidak, bukan hari ini. bukan hari ini! Setelah hampir 20 minit saat-saat yang genting, akhirnya, papa pergi. Papa meninggalkan aku, abangku, kakakku, mamaku, hartanya, rumahnya, dengan dua kalimah syahadah sempurna. Aku merasakan seperti aku rebah jatuh ke bumi. Tidak berdaya melawan takdir. Memang, sememangnya aku manusia yang kerdil.
BANGKIT! vol. 2
dicarutkan oleh
boxx.
on Selasa, 25 Ogos 2009
/
Comments: (2)
assalamualaikum. pada malam yang mulia ini, dengan badanku yang tak mandi dan tidak bergosok gigi, bertemankan cerita Tiga Abdul yang mencuit hati, aku masih didalam satu kurungan. kurungan itu diberi nama MALAS. memang, semua orang ada kurungan tersebut. tetapi, ada yang mampu memanjat pagar kurungan tersebut seperti cage match di dalam perlawanan gusti. ada pula yang tidak terdaya memanjat kurungan tersebut. tidak terdaya menahan nafsu malas. ya.
aku salah seorang yang tidak terdaya memanjat kurungan jahanam ini. memang, memang jahanam.
tetapi, aku masih sedar yang aku didalam lamunan kemalasan. itu sudah cukup bagus, berbanding dengan orang yang masih tidak sedar beliau di dalam lamunan yang menjadi musuh semua orang.
jadi, isu BANGKIT! kali ini, aku ingin mengutarakan isu MALAS. MALAS ya bangsat.
ya, semua orang tahu, kadangkala, kita sendiri malas mahu menjalankan tugasan seharian yang telah menjadi sebati di dalam diri kita.
pergi ke sekolah? malaslah.
pergi mengaji? lagi arr malas.
pergi merayau? nak saja!
ya. kadangkala, kita perlulah membuat pembaharuan didalam sesuatu perkara yang kita malas mahu lakukan. contohnya seperti belajar. belajar pada masa kini perlulah di dalam bentuk baru, bukan sahaja di dalam kelas sahaja. mungkin, pembelajaran bole dilakukan melalui multimedia, cerita dan lain lain.
ahh lari tajuk la setan.
jadi, ape2 hal pon, aku tak mahu jadi malas lagi. SPM nih wehh =(
aku salah seorang yang tidak terdaya memanjat kurungan jahanam ini. memang, memang jahanam.
tetapi, aku masih sedar yang aku didalam lamunan kemalasan. itu sudah cukup bagus, berbanding dengan orang yang masih tidak sedar beliau di dalam lamunan yang menjadi musuh semua orang.
jadi, isu BANGKIT! kali ini, aku ingin mengutarakan isu MALAS. MALAS ya bangsat.
ya, semua orang tahu, kadangkala, kita sendiri malas mahu menjalankan tugasan seharian yang telah menjadi sebati di dalam diri kita.
pergi ke sekolah? malaslah.
pergi mengaji? lagi arr malas.
pergi merayau? nak saja!
ya. kadangkala, kita perlulah membuat pembaharuan didalam sesuatu perkara yang kita malas mahu lakukan. contohnya seperti belajar. belajar pada masa kini perlulah di dalam bentuk baru, bukan sahaja di dalam kelas sahaja. mungkin, pembelajaran bole dilakukan melalui multimedia, cerita dan lain lain.
ahh lari tajuk la setan.
jadi, ape2 hal pon, aku tak mahu jadi malas lagi. SPM nih wehh =(
BANGKIT! vol.1
dicarutkan oleh
boxx.
on Selasa, 11 Ogos 2009
/
Comments: (2)
assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua umat Islam dan follower blog aku (kalau ade). seriously aku dah lame tak update blog ni dengan entry baru sebab malas dan banyak impak yang berlaku ke atas diri aku yang pacal nih. walaupun orang lain tak paham, namun, biarlah orang lain nak kata ape pun. my life, how would they care. pfft.
so, selama aku tak update, banyak isu yang aku cuba utarakan. tp, sifat malas yang membelungi diri aku ni makin kuat dan kian menular ke saraf tunjang aku. haha. tahniah si pemalas.
jadi, yang pertama sekali, buat isu pertama BANGKIT!, aku ingin mengutarakan pasal isu diskriminasi.
ya, diskriminasi. diskriminasi berlaku pabila seseorang dalam sebuah kumpulan yang besar diklasifikasikan kepada sebuah kumpulan yang lain. sebagai contoh, seperti orang kulit hitam dicaci, dimaki dan dilayan seperti anjing kurap di Amerika Syarikat oleh orang kulit putih.
aku hidup di dalam sebuah komuniti yang terdiri daripada 127 manusia, terdiri daripada 40 orang yang mempunyai batang kote dan 87 orang mempunyai puki ataupun 348 buah dada, aku sudah cukup masak dengan perangai setiap orang. diskriminasi berlaku di sini apabila ada golongan kacak dan hodoh, pandai dan bodoh.
ya, golongan kacak dilayan elok. hodoh? tak usah ditanya. endah tak endah je.
golongan pandai? dipuja macam patung zaman tamadun mesopotamia. golongan bodoh? disepak terajang seperti anjing.
dan banyak perkara-perkara minor yang diambil kira untuk mendiskriminasikan seseorang seperti warna kulit, bangsa, kebolehan, bakat, dan lain-lain.
fullstop. noktah.
so, selama aku tak update, banyak isu yang aku cuba utarakan. tp, sifat malas yang membelungi diri aku ni makin kuat dan kian menular ke saraf tunjang aku. haha. tahniah si pemalas.
jadi, yang pertama sekali, buat isu pertama BANGKIT!, aku ingin mengutarakan pasal isu diskriminasi.
ya, diskriminasi. diskriminasi berlaku pabila seseorang dalam sebuah kumpulan yang besar diklasifikasikan kepada sebuah kumpulan yang lain. sebagai contoh, seperti orang kulit hitam dicaci, dimaki dan dilayan seperti anjing kurap di Amerika Syarikat oleh orang kulit putih.
aku hidup di dalam sebuah komuniti yang terdiri daripada 127 manusia, terdiri daripada 40 orang yang mempunyai batang kote dan 87 orang mempunyai puki ataupun 348 buah dada, aku sudah cukup masak dengan perangai setiap orang. diskriminasi berlaku di sini apabila ada golongan kacak dan hodoh, pandai dan bodoh.
ya, golongan kacak dilayan elok. hodoh? tak usah ditanya. endah tak endah je.
golongan pandai? dipuja macam patung zaman tamadun mesopotamia. golongan bodoh? disepak terajang seperti anjing.
dan banyak perkara-perkara minor yang diambil kira untuk mendiskriminasikan seseorang seperti warna kulit, bangsa, kebolehan, bakat, dan lain-lain.
fullstop. noktah.