aku pulang dari Utara, setelah sejak sebulan aku tidak pulang ke rumah.
semasa ku pulang bulan lepas, ku menatap wajah ayah ku, wajahnya terpampang sedikit keceriaan dan kesihatannya masih lagi boleh kelihatan
tetapi, kini, aku hendak menangis apabila melihat keadaannya. tidak seperti dahulu.
ku teringat lagi, dahulu, dia seorang yang ceria, sering membuat lawak jenaka dengan ku sehingga terburai isi perut ku. namun, kini semuanya sudah berubah. sejak penyakit itu menyinggah ke tubuh ayah ku.
dahulu, apa yang ku minta daripada ayah ku, ayah ku belikan. tetapi, ku fikirkan kembali, apa yang ayah aku minta daripada ku tidak dapat ku tunaikan sepenuhnya. iaitu BELAJAR.
aku sering berada di awangan, memikirkan nasib ayah ku, sehinggakan aku dimarahi oleh guru-guruku. tidak fahamkah mereka? tetapi ku hanya senyap. tidak berkata apa.
aku sedih. mengenangkan kembali jasa ayahku. aku yang sering kurang ajar terhadapnya merasakan sungguh rasa serba salah apabila ayah ku menderita kesakitan.
sungguh banyak jasanya sehinggakan ku tidak dapat nyatakan. ku teringat lagi, detik-detik ketika membeli barangan untuk kemasukan ku ke MRSM. ayah ku telah menghabiskan banyak wang untuk memastikan aku selesa ketika berada di sana dan dapat menuntut ilmu.
ku teringat lagi, apabila ku tidak cukup wang, ku hanya capai gagang telefon awam dan menghubungi ayah ku, tidak mengira walaupun beliau penat ataupun sedang mesyuarat.
ku teringat lagi, ketika ku mahu pulang menaiki bas menuju ke Utara, beliau menghantar ku. sebelum menaiki bas, ku bersalaman tangan dengannya dan mencium tangannya dan beliau berkata kepada ku,"belajar elok-elok." pernah suatu ketika, ku memeluk tubuh kecilnya itu. ku sayu. memikirkan kembali.
ku teringat lagi, sewaktu kecil, ku sering bergaduh dengan ayah ku. aku bodoh. anak derhaka.
coretan hari ni sampai sini ja.
4 carutan:
evrythng gonna b fine dear.
trust me.
:)
mal..
betol kata u..
semua akan ok je..
gn risau sangat ye~
i cry
sabar je la wei...
aq sentiasa paham...
Catat Ulasan