sedikit cerita pasal dia. (jiwang sket)

dia? siapakah dia? okey, fine. aku mengaku yang hati aku betul betul dicuri. bukan sebab hawa nafsu, bukan sebab aku nak saje test power. tp, hakikatnya, aku telah jumpa si dia yang boleh membimbing aku, yang memberi aku semangat, tempat bermanja, tempat berkasih sayang, tempat aku merungkaikan segala isi hati aku terhadap dia.

ya, walaupun aku buruk lagi huduh, tapi, dia dapat menerima aku dengan seadanya. aku akui, dia cantik. tersangat cantik. baik, pandai mengambil hati, tidak pernah pun menghuraikan auratnya didepan aku mahupun rakan rakan aku.

ya, aku tahu, kalian mahu mengatakan kami seperti Beauty and the Beast. memang, kami seperti Beauty and the Beast, dimana aku sang Beast dan dia seorang cantik rupawan. dan aku akan menjaga dia sepenuh hati sehingga titisan darah aku yang terakhir.

jika aku bersama si dia, aku seperti di awangan. dengan gelak tawa, senyuman manjanya. aku cair. cair. dan dengan belaian kasih sayangnya membuatkan aku hilang di dalam awangan tadi.

nama dia? sedap. sungguh sedap. Nur Farhana Binti Abd Hamid. kalau boleh, aku nak cerita kat semua orang yang aku betul betul menyayangi dia. betul! aku sayang dia gila88888 punya gila. aku dah tetapkan niat, azam aku semakin kental, bahawa aku ingin mendirikan rumah tangga dengan dia. mempunyai keluarga, dua orang anak, dua buah kereta berwarna biru, dan jugak sebuah rumah yang selesa untuk kami empat orang ahli keluarga. di laman rumah tersebut akan aku menghabiskan masa bersama anak anak aku agar mereka tidak membesar menjadi seperti bapaknya yang nakal lagi boroi ini. ya, Nur Farhana Abd Hamid. aku berterima kasih kepada mu sebab memberikan aku kebahagiaan, kasih sayang dan cinta kepada ku. aku bersyukur kepada Allah sebab menemukan jodoh aku dengan mu. betul. aku bersyukur. aku telah berubah kerana kehadiran mu.

:D

haaa

hm. da lama xupdate. saje. bz ngan keje, keje keje keje. dan aku telah menceburi diriku ke dalam dunia permotoran. haha poyo je.

sikit2 je. ni plak wishlist aku untuk tempoh akan datang.

bodypart Mivec atau Lancer.
rim 15" ngan tayar. (ni da ade, tp xpsang lg)
adjustable suspension (GAB atau TEIN)
high cam
adjustable campulley
lightened flywheel
semi-racing clutch kit
disk brake blakang (wira 1.8 or GSR)

OR

beli Satria dah siap engine Mivec atau Evo3. haha puas ati. bleh member ngan kelam kabot

idea seorang kanak-kanak bangang.

hai kanak-kanak sekalian alam mahupun dunia dan kubur. aku kembali ingin mencoret arang di muka dan blog ini dengan idea ak yang bangang lg bernas kalo dipertimbangkan balik. korang nak tahu, kadang2, idea kanak2 ni, kalau dipertimbangkan balik akan kerasionalan nye, bagus. tp, nak melaksanakannya tu, macam agak terlampau-lampau la plak. contoh eh;

global warming nih menyebabkan paras air laut kian meningkat. ape kata, suruh je kuasa2 besar ni bom jer dasar laut tu dengan bom atom supaya membentuk laut yang lebih dalam. bila dalam, takyah risau lagi pasal paras air laut. paras air laut akan menurun dan akan hidup bahagia di samping keluarga tercinta.

ni yg aku dapat dari seorang kanak2 yg aku kenal dan beliau ingin dirahsiakan namanya sebab beliau takut nanti yahudi cari beliau untuk meliwat dan membuat klon beliau. so, korang tak terpikir ke camni? kita tak payah pikir pasal kesan jangka masa pendek atau panjang, tapi, keberkesanan idea tersebut. can u catch my drift? adios.

hubungan.

hubungan. hubungan adalah pertalian di antara sesuatu dan sesuatu yang lain. jika manusia, hubungan ini terbahagi kepada tiga. tiga hubungan iaitu hubungan dengan manusia, hubungan dengan alam sekitar, dan hubungan dengan tuhan.

hubungan dengan manusia. sudah semestinya ianya berkaitan dengan manusia di sekeliling anda. anda perlulah menjaga hubungan di antara anda dengan manusia di sekeliling untuk memastikan anda menjalani hidup anda dengan sempurna. sebagai contoh, anda perlu berbuat baik kepada masyarakat sekeliling anda tidak kira agama, bangsa, dan agama. sekarang ni, banyak sangat kes-kes cerai, gadoh, dll tu punca daripada tidak menjaga hubungan dengan manusia. kalau nak jaga hubungan antara manusia ni senang je, umpama menghisap keluar cekam di kaki Pak Cik Mokhtar si tukang jahit. anda berbuat baik je dengan orang2 sekeliling, jadi mesra, hipokrit skit. sekiranya anda tidak dapat menjaga perkara yang remeh itu, mati lagi elok.

hubungan dengan alam sekitar. hubungan anda ngan alam sekitar ni paling senang. ingat, setiap hidupan atas muka bumi ini senantiasa bertasbih ke atas kamu, agar kamu sihat sejahtera. kalau tak jaga hubungan dengan alam sekitar dengan aktiviti pembalakan yang semakin agresif, pembuangan sampah ke dlm sungai, dll yang dikira tidak menjaga hubungan dengan alam sekitar, sudah pasti kita akan mendapat balasannya yakni bencana alam, runtuhan tanah, banjir kilat dll. pikir-pikir sendiri. Allah S.W.T bagi akal suh pikir, pikir la.

hubungan dengan Tuhan. yang ni kena jaga. mesti jaga. bayangkan, kita ni, umpama buih yang kecil kat lautan di sisi Allah S.W.T. kalau anda tak jaga hubungan dengan tuhan, memang sengsara hidup anda. sengsara. anda sentiasa diselubungi perkara yang menggundah gulanakan hidup anda. serius. kalau nak jaga hubungan dengan tuhan yakni Allah S.W.T, senang je. buat je 5 perkara rukun Islam. yang paling senang nombor 2. solat lima waktu sehari semalam. spend time tidak sampai 10 minit setiap 5 waktu. tapi, aku sendiri dah brape hari dah tinggal solat sejak balik dari maktab. ish3. sedih. so, equals to je la aku dengan apa yang tulis nih, untuk pengajaran aku juga.

so, fikirkan lah. kalau anda tak dapat nak jaga 3-3 ni, gi mati lagi elok. seriusly.

aku satu je tak dapat. hubungan dengan manusia. hak3.

suka? komen. tak suka? gi mati.

pandangan seorang budak baru habis SPM.

ya. diiringi lagu-lagu picisan, nescafe 3-in-1, aku mula menaip entry aku. gile lame tak taip entry baru. otak berkarat da nak menaip.

k. aku penah terfikir, kenapa orang boleh mengklasifikasikan seseorang itu tergolong dalam kategori baik dan jahat? sudah semestinya menggunakan akal fikiran, salah satu pancaindera yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita, kan kan?

tp, ape pandangan korang kalo orang yg jadi jahat dan baik ni disebabkan faktor persekitaran? memang, aku tau korang mesti cakap persekitaran ni terlalu umum kan? tp, cuba, cuba mendalami ape yang persekitaran boleh meng-affect seseorang tu boleh jadi baik dan jahat.

bagi aku, manusia ni terlalu mengikut pandangan orang. bila seseorang tu menjadi baik, dia akan dicaci, poyo, bajet bagus. oleh itu, dia akan cuba menjadi yang terbaik di pandangan orang, yakni jadi jahat, xpoyo. namun, yang menjadi persoalan sekarang nih, apekah elemen untuk menjadi terbaik di pandangan orang?

ya, ak tau korang mesti tak faham kan? takpe la, biar je la terbuku kat ati aku nih.

seriously, xde idea. sorry

KEsilapAN

semua orang buat silap, kan? tp, ternyata, beliau seorang yang bodo kalo buat silap banyak kali dan jelas lagi terang lagi bersuluh kalo die sedar yg ape yg die buat tu ternyata silap. merepek? memang la, ak suka merepek. ape aku kesah.

kesilapan yang aku ingin utarakan pada entry kali ini adelah kesilapan ketika berkomunikasi ataupon bersama. ya, aku ingin mencedok sikit dari entry blogger idola ak, 'akukopi'. renong2kan:

1. Bawak kawan time dating.
ini adalah satu kesilapan yang memang besar. nnti mesti ada masa2 anda tidak dilayan ataupun diendahkan. ianya bole mendatangkan pergadohan jika kwn anda tu lg ensem, macho, dan gagah perkasa seperti pak cik Mokhtar penjual jamu.

2. Bawak awek gi maen game.
haha. ni paling best yang ak penah tengok masa aku outing. seriously, anda akan digelar tidak gentlemen dan keanak-anakkan oleh awek dan rakan-rakan anda. tp ianya bagus jika awek anda seorang kaki game. =D

3. Berjalan dlm group lebih dari 4 orang.
ni point akukopi. memang ternyata, dari dulu lagi ak perasan, tp tak tau nak elaborate kat korang. hehe =D

4. Takde point ketika bercakap.
yang ni lagi best. selalu sangat terjadi. kawan anda itu terlalu excited menceritakan ceritanya yang anda tidak tentu paham ataupun tak sebab frekuensinya terlalu laju dan membingitkan telinga anda. anda hanya terkaku diam dan bole disifatkan menjadi seorang listener. bagus2.

5. menyentuh isu-isu sensitif kepada rakan.
ya. ini selalu terjadi kat aku sendiri. ade seorang rakan aku ni selalu menimbulkan kemarahan aku dengan bertanyakan soklan yang membuatkan dirinya kelihatan dungu dan bangsat. aku benci kau. tp, nak spm, ak sayang kau. ahakz.


tu ja yang aku dapat utarakan kali nih.

P/S: ade orang ckp blog ak bosan. gi mampos. stakat komen tp tak bagi idea yang bernas lagi memberangsangkan baek takyah.

BANGKIT! vol. 3

harap maaf kepada semua yang mengikut blog aku(kalau ada) kerna tidak mengupdate blog ak yang membosankan nih sebab agak bz dengan persiapan menghadapi SPM dan tidak mempunyai masa. maaf. maaf.

dalam BANGKIT! kali ni, aku takde isu nak dibangkitkan. mungkin, ini adalah edisi terakhir BANGKIT! yang membosankan. kan kan?

tapi, aku ada satu quote untuk difikir-fikirkan.

"Hidup ini perlu menjadi licik, agar tidak ditindas kerana hidup ini penuh dengan janji manis dan kepalsuan."

adakah ini bermaksud kita perlu menjadi jahat dan perlu mengambil risiko untuk meneruskan hidup?

tidak, tidak. kita masih ada Tuhan. setiap agama ada Tuhan. sebab itulah kita perlulah meminta pertolongan dan petunjuk daripadaNya agar dihindari daripada segala anasir jahat dan fitnah.

lagi satu, kawan. ini yang paling penting. ...

pendek? gi mampos. blog ak.