hoe.

hmm. ari ni cam biase. bangon lewat, makan, tgk tv, dengar lagu, baring, tido, mkn. yaa. minum milo, terlupa pulak.

entry ari ni. pasal benda-benda yang paling aku sayang dlm dunia ni. kita semua ada benda yamg paling kita sayang. contoh, mak ayah, agama, kucing, dan sebagainya. kadang-kadang, benda-bende yang pelik yang kita tidak sangka menjadi kesayangan sesetengah orang. contohnya, memelihara labah-labah yang berbahaya seperti tarantula sebagai haiwan peliharaan.

1. orang2 yang paling aku sayang dalam dunia ni adelah parents aku. kadang2, dorang boleh juga menjadi punca kepada kesakitan hati yang melampau, tetapi dorang tetap the best. time aku sakit, dorang jaga aku. time aku kekeringan duit, dorang bank-in untuk aku. kadang2, aku buat sesuatu yang dorang tak suka, aku kene marah. sebab, dorang tau ape yang baik, ape yang burok untuk kite. dorang marah kite bukan tanpa sebab. sebab dorang sayang kita.





2. orang2 yang paling aku sayang, tp yang kedua lahh, adelahh kawan2 aku. dorang adelah yang terbaik daripada ladang. macam-macam aku buat sama2 dengan dorang. best wohh kenangan-kenangan lampau. kadang2, aku rase nak beli je mesin masa, tak kira berapa harganya, untuk balik ke masa lampau. menjadi kanak2 semula, bermain-main dengan rakan-rakan aku. CL, iman, amar, sume2. time darjah 6 is the best. thanx guys.






3. bende no.3 yang paling aku sayang adelah dunia R/C car. memang best. nak difikirkan, aku sanggup takde awek dan berawekkan seperti di atas. badan yang seksi, rendah, kurus tapi tidak keding, itu lah menjadi pujaan aku. walaupun kami ada batasan iaitu DUIT, namun, ku sanggup mengikat perut untuk menjadi pemainnya. dunia R/C ini juga telah mengajar ku menjadi matang, berkawan dengan semua orang, tiada perbezaan. tetapi, ibu ku sering mengingatkan, hobi, hobi jugak. huhu. ade makna tersirat tu.

tu jelah top 3 aku. heeee.

=D

1 carutan:

steve-bo berkata...

hahaha.. darjah 6 itu zaman lagenda.. macam silat lagenda gitu.. tapi skang pon still best gak.. always best la senang diceritakan~